MORRIS MINOR HAMPIR BANGKIT SEMULA?

oleh Firdaus Razani|
Terdahulu, MG Rover pernah membuat tindakan berani dalam merancang untuk menghidupkan semula Morris Minor pada tahun 2005.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perancangan ini dibangunkan sejurus selepas kebankrapan MG Rover pada April 2005 dan diketuai oleh bekas Ford Eropah dan bos Maserati, Martin Leach.

Ketika itu, ia dirunding dengan dua syarikat iaitu Magma Holdings dan Shanghai Automotive Industries Corporation (SAIC).

Ia adalah satu daripada tiga bidaan yang bersaing untuk sisa MG Rover, yang termasuk perkakasan untuk mengeluarkan model Rover 25, 45 dan 75, serta enjin Siri K.

morris

 

Kereta itu, tidak diperincikan dalam bidaan Magma-SAIC, mungkin kerana Leach tidak mahu mana-mana pesaing mendapat perkhabaran mengenainya.

Malah, Steve Young dari Indego Consulting, yang kemudiannya merupakan rakan usaha sama utama dengan Leach, berkata idea kebangkitan Minor "adalah sesuatu yang Martin datangkan - saya tidak menyedarinya".

Pengkhususan Young lebih kepada perniagaan, bukannya perancangan produk dan namun begitu, kemungkinan Minor baharu akan menjadi pusat kebangkitan MG Rover di bawah Leach.

Young berkata: "SAIC akan melakukan semua kerja kejuruteraan dengan input dari UK. Mereka mempunyai keupayaan.

“General Motors [yang mempunyai usaha sama yang besar dengan SAIC] telah banyak menyokong mereka dengan pusat kejuruteraan dan sangat bermurah hati dalam menyegerakan mereka." katanya.

 

Baca laporan lanjut di Autocar UK