Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Joan Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berjaya mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas tatkala berbaki tiga perlumbaan lagi.
Morbidelli bermula di petak kedua tetapi berjaya mendahului perlumbaan selepas Takaaki Nakagami yang bermula di petak hadapan terbabit dengan kemalangan pada pusingan awal.
Alex Rins menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan Mir melengkapkan kedudukan podium.
Mir kini mendahului Fabio Quartararo dengan kelebihan 14 mata di carta kejuaraan dunia.