Mohd Apis bin Sagimin juarai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 yang berlangsung di Malaysia baru-baru ini berakhir dengan Mohd Apis bin Sagimin berjaya menempah tempat untuk mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara, bagi bersaing dalam BMW Motorrad International GS Trophy edisi keenam di Mongolia tahun hadapan.

 

 

Diadakan selama dua hari, seramai 36 orang peserta terpaksa melalui 11 halangan yang menguji pengetahuan mereka tentang model-model BMW Motorrad serta mencabar keupayaan tunggangan enduro di laluan off-road.

 

 

Cabaran itu bertujuan menyaring penunggang yang mempunyai pengetahuan dan stamina untuk beraksi di pusingan seterusnya. Malah ia juga mendorong serta peserta ke had fizikal dan mental mereka. Sebaik sahaja hari pertama berakhir, hanya sepuluh orang peserta disenarai pendek untuk cabaran hari kedua.

 

 

Pada hari kedua, sepuluh orang peserta yang disenarai pendek itu diberikan model BMW R 1200 GS Adventure yang telah disediakan khas. Mereka perlu mengharung 12 cabaran yang merangkumi mengimbang motosikal, garaj, mengharung air, berhenti secara mengejut, menaiki bukit, slalom, menunggang di atas pasir, paip, berhenti ketika menuruni bukit, kunci sepenuhnya di atas bukit dan off-camber.

 

Akhirnya, Mohd Apis Bin Sagimin muncul sebagai juara keseluruhan. Manakala tempat kedua dan ketiga dihuni oleh Ghazi Fawwaz Bin Md Arif and Wan Harith Taqiyuddin Bin Wan Deraman. Mohd Apis akan menjadi wakil para penunggang BMW Motorrad ke Mongolia tahun depan dalam acara BMW Motorrad International GS Trophy 2018 kali ke-6.

 

BMW Motorrad

 

Sebagai tambahan, Khaizatul Akmar Binti Zabidin yang merupakan satu-satunya peserta wanita dari Malaysia akan pergi ke Thailand pada 1 hingga 3 September untuk satu lagi pusingan cabaran dalam kategori wanita. Beliau akan mewakili satu pasukan wanita ke acara BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan.

 

Pusingan kelayakan di Malaysia turut menampilkan enam peserta dari Singapura dengan tiga daripadanya disenarai pendek untuk meneruskan saingan di Thailand, serta menempah slot terakhir bersama Pasukan Asia Tenggara dalam BMW Motorrad International GS Trophy kali ke-6 di Mongolia pada tahun 2018.

 

Maklumat lanjut mengenai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara, sila layari laman web: http://www.bmw-motorrad.com.my/gstrophy.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Tahun ini, acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 menyaksikan 23 pasukan dan 40 buah…