Tiga warna baharu itu adalah Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red.
Selain daripada itu, terdapat juga kemasan rim berwarna putih, kemasan karbon di hadapan dan belakang, logo Pulsar di bahagian pelana, serta skema grafik baharu bagi menaikkan seri RS200 ini.
Dari segi kuasa, Modenas Pulsar RS200 kekal dengan enjin DTS empat lejang sejukan cecair yang menghasilkan 24.5 PS dan 18.6 Nm daya kilas serta dibantu dengan ciri brek anti-kunci ABS saluran tunggal.
Aspek pengendalian terdiri daripada penyerap hentak teleskopik di hadapan, penyerap hentak Nitrox di bahagian belakang, serta sistem brek cakera 300 mm depan dan 230 mm di bahagian belakang.
Harga jualan kekal seperti yang ditawarkan pada model terdahulu, iaitu RM9,990 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.