Dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan), Modenas RS200 versi 2021 kini ditawarkan dengan warna “Pearl Metallic White”, “Pewter Grey” yang kedua-duanya mempunyai kemasan berkilat dan “Burnt Red” dengan kemasan matte.
.
Pemasangan dilakukan dengan kemudahan fasiliti lengkap di kilang MODENAS yang berada di Gurun, Kedah, Modenas Pulsar RS200 versi 2021 dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap dengan sejukan cecair, menghasilkan 24.5PS dan 18.6Nm tork.
Model ini juga mempunyai ABS tunggal yang menggunakan cakera brek 300 mm di depan dan 230 mm di belakang serta tangki bahan bakar13 liter.
“Dengan harga Modenas Pulsar RS200 versi 2021 tetap sama dengan varian sebelumnya, jangan tunggu lagi, datang dan kunjungi pengedar sah kami yang berdekatan dengan anda dan dapatkan motosikal Modenas Pulsar RS200 hari ini. Kami berharap pelanggan kami yang telah menunggu Modenas Pulsar RS200 akan berpuas hati dengan pilihan warna baru dan reka bentuk grafik yang ditawarkan,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.