Modenas Dominar D400 menggegar jalanan Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
MODENAS telah melancarkan motorsikal sport tourer Dominar D400, motorsikal berkapasiti besar pertama sejak dua dekad yang lalu.

Pelancaran Dominar D400 mengembalikan segmen sports touring ke dalam jenama MODENAS semenjak pelancaran Jaguh pada 1999. Menawarkan gabungan kuasa yang mantap dan prestasi yang lancar bagi pengembaraan jarak jauh, Dominar D400 memiliki reka bentuk dan kedudukan postur yang meningkatkan lagi pengalaman menunggang.
Kawasaki Legend Reborn






Dengan tanda harga yang cukup menarik, iaitu sekitar RM13,788 sahaja, Dominar D400 dijangka bakal menggegarkan pasaran motorsikal mampu milik. Walaubagaimanapun, harga itu terhad kepada 400 tempahan awal semasa pelancaran sahaja. Selepas ini, Dominar D400 akan dijual pada tanda harga yang masih menarik, iaitu RM14,800.
 

Dato' Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pengagihan Automotif, Pertahanan, Pembuatan dan Kejuruteraan DRB-HICOM Berhad, yakin Dominar D400 mampu menarik minat rakyat Malaysia menerusi reka bentuk yang moden dan berbeza serta harga yang mampu memberikan saingan, menjadikan motorsikal ini sesuai untuk kegunaan harian dan riadah hujung minggu. 


 

"Kejayaan Pulsar dan V15 di pasaran tempatan telah mengukuhkan lagi kepercayaan kami bahawa masanya sudah tiba untuk memperkenalkan produk baru yang mampu memberikan pengalaman menunggang yang lebih menarik di kalangan peminat motorsikal di Malaysia," tambah beliau.
 

Naib Presiden Bajaj Auto Limited, Dinesh Kulkarni berkata, Dominar D400 dibina untuk memberikan pengalaman pengembaraan hebat dan bilangan pemilik yang berpuas hati dengan motorsikal ini semakin bertambah di seluruh dunia. 



 

Dominar D400 menggunakan enjin silinder tunggal berkapasiti 373cc itu datang dengan teknologi Digital Triple Spark (DTS-i) mampu menghamburkan kuasa maksimum 35 hp dan kuasa tork mencecah 35 Nm seawal 3,000rpm. 
 

Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan beserta klac slipper dan dilengkapi ciri ABS bagi memberikan prestasi, pengendalian dan keselamatan yang terbaik. Dominar D400 ini mempunyai tangki bahan api sebesar 13 liter.



 

Turut dipamerkan ketika pelancaran ialah Dominar D400 dengan pemasangan box di bahagian belakang bagi memberikan idea bagaimana model sport tourer ini mampu dijelmakan mengikut kehendak pelanggan. 

MODENAS Dominar D400 merupakan produk keempat hasil usahasama antara MODENAS dan syarikat Bajaj selepas Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan motorsikal retro V15.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
"Saya memang suka modifikasi motosikal, saya sering mencari builder dalam laman sesawang, akhirnya…
Berita Domestik
Penjualan motosikal baharu dengan enjin 2-lejang mungkin dihentikan selepas suku pertama 2018. Ini…
Berita Domestik
“Pihak universiti mendapat bantuan teknikal dari Modenas dalam projek ini,” ujar Shahriman. Enjin…