Model retro 175 cc dari Kawasaki untuk Indonesia?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kawasaki Indonesia dikatakan mungkin akan muncul dengan sebuah model retro/klasik dengan enjin kecil sesaran 175 cc.

Berita yang dilaporkan oleh Dapur Pacu, laman web automotif Indonesia menyatakan mereka mendengar desas-desus tersebut kerana pasaran di sana mempunyai permintaan yang kuat untuk model-model retro.

Buat masa ini, Kawasaki menjual model retro W800 dan Estrella 250 dan kerana itu, kemungkinan jentera dengan kod W175 menjadi satu kemungkinan. 

Kawasaki Indonesia yang dihubungi oleh laman web itu tidak mahu memberi sebarang komen.

Di Malaysia, model W800 memang ada dijual tetapi peminatnya tidak begitu ramai. Tumpuan kepada genre itu lebih berfokus kepada jenama Inggeris iaitu Triumph dengan model Bonneville dan Thruxton. 

Jenama-jenama dari China turut memberikan alternatif lebih mampu milik dengan jentera klasik sesaran 200 cc ke bawah.

Tidak pasti samada model retro akan menjadi popular di Malaysia kerana pasaran yang sangat terhad berbanding dengan Indonesia.

Malaysia menjual dalam 550,000 unit motosikal tahun lalu sedangkan Indonesia sudah hampir mencapai 6,000,000 unit. Kita sekarang sudah tidak boleh mendabik dada lagi kerana kekuatan kuasa membeli di Indonesia dan juga di Thailand sudah meningkat naik.

Jangan terkejut jika MotoGP juga akan lari ke negara jiran kita. 

Apa yang tinggal mungkin cuma kenangan dan sesalan kerana peluang diberikan tidak digunakan.

W800
Kawasaki W800 adalah antara model klasik/retro buatan Jepun paling popular di dunia. Ia tidak laju, tetapi stabil dan sesuai untuk merkea yang mahu tunggangan santai. Kos pemilikan juga tidak tinggi. Sangat sesuai untuk semua!

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…