Sebaliknya, ia diperlihatkan secara tidak langsung menerusi gambar teaser terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar tersebut, di mana ia bakal muncul pada model Mercedes-AMG GT 73 Four Door!
Bagi mereka yang memiliki penglihatan yang tajam, terdapat beberapa perubahan kecil di bahagian hadapan, seperti kehadiran bilah menegak di bahagian ruang kemasukan udara, serta saluran baharu pada unit pengambilan udara tengah.
Petunjuk yang lebih ketara adalah kehadiran emblem di bahagian fender yang memaparkan V8 Biturbo E Performance menggantikan lencana 'V8 Biturbo 4Matic+' pada model AMG 63.
Berdasarkan beberapa laporan terdahulu, jentera AMG terbaharu ini diberitakan bakal mempunyai trenkuasa plug-in hybrid yang terdiri daripada enjin V8 4.0 liter, motor elektrik, dan pek bateri yang ringan.
Terdapat sesetengah media antarabangsa menjangkakan model baharu ini bakal menghamburkan kuasa setinggi 800 hp yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang tiga saat!
Gambar terbaharu ini turut mengesahkan hubungan yang rapat antara Mercedes-AMG dan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1, di mana jenama E Performance akan menunjukkan peralihan teknologi hibrid yang terbukti daripada litar lumba untuk diaplikasikan kepada jentera jalanan.
Selain daripada itu, Mercedes-AMG juga dikatakan sudah pun menguji keberkesanan unit pengecas turbo elektrik di dalam jentera F1 di bawah kondisi ekstrem dan ia bakal digunakan secara rasmi pada model-model produksi AMG akan datang.