Mobiliti Terhubung - Malaysia di landasan yang tepat

oleh Mohamad Hanif|
Industri automotif semakin melonjak ke hadapan dengan teknologi, maka landskap yang sesuai perlu disediakan untuk perkembangan Malaysia dalam mobiliti masa depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Dr Horizon Gitano Briggs daripada Focus Applied Technologies Sdn Bhd, Malaysia kini sudah berada di barisan hadapan teknologi dalam mobiliti masa hadapan.

"Mobiliti Terhubung adalah semua (perkara) berkenaan maklumat dan ia boleh jadi semudah mengetahui dengan tepat waktu ketibaan bas dan masa ketibaan anda ke destinasi pilihan," kata Briggs.

"Nampak mudah, namun ia melibatkan perhubungan maklumat yang disampaikan antara pelbagai pihak termasuklah orang awam, sebelum ia dianggap berguna kepada pengguna akhir," katanya.

"Walaupun anda memandu kenderaan anda sendiri, keterhubungan dalam mobiliti membantu memastikan masa anda tidak sia-sia. Laluan mana yang paling kurang sesak, di manakah anda letak kenderaan anda dan masa anda akan sampai ke destinasi anda."

 

 

Briggs mengingatkan bahawa contoh-contoh yang diberikan di atas pada dasarnya adalah keuntungan jangka pendek kepada umum.

"Kita dapat meminimumkan masa menunggu jalan menjadi kurang sibuk."

"Objektif utamanya adalah kenderaan autonomi di mana mobiliti yang terhubung akan membolehkan kenderaan memberikan khidmat yang lebih baik kepada kita. Matlamat utama ialah apabila kenderaan berkomunikasi antara satu sama lain dan infrastruktur, kami dapat mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian," katanya.

"Ya, masih ada kematian, tetapi berbanding dengan angka kematian yang disebabkan oleh kenderaan tradisional manusia, bilangannya jauh lebih rendah," katanya ketika diminta mengulas mengenai insiden Uber di mana sebuah Volvo autonomi membunuh pejalan kaki di AS bulan lepas.

 

 

Briggs percaya Malaysia sudah berada di barisan depan bagi Mobiliti Terhubung ini.

"Rakyat Malaysia lebih maju ke arah teknologi baru berbanding dengan negara jirannya. Rakyat Malaysia dengan mudah menerima Waze, Uber dan Grab semata-mata kerana aplikasi itu membolehkan mereka mengetahui trafik masa nyata dan masa ketibaan mereka," kata Briggs.

"Di US, mereka sukar untuk menerima teknologi baru," kata Profesor yang lahir di Arizona.

Briggs berpendapat negara harus bersedia untuk mengubah undang-undang dan peraturannya agar perubahan itu berlaku seiring dengan kemajuan teknologi.

 

 

"Kerajaan perlu lebih proaktif kerana teknologi baru dalam mobiliti memerlukan pelbagai perubahan dari dalam dasar. Malaysia sebenarnya terbukti menjadi pemimpin di rantau ini."

"Malaysia adalah negara pertama di ASEAN yang melaksanakan polisi serta cukai untuk mendaftarkan Kenderaan Elektrik (EVs) untuk kegunaan awam. Malaysia cepat mengubah dasar dan menunjukkan contoh kepada negara jiran."

"Contohnya, Filipina telah mengadaptasi dasar EV kami. Mereka telah mengkaji dan berpendapat bahawa polisi kami yang komprehensif sesuai untuk dilaksanakan di negara mereka sendiri," kata Briggs.

Briggs menjelaskan bahawa pada mulanya, kerajaan Malaysia agak perlahan dengan standard baru untuk EV tetapi selepas mengkaji pasaran global, kerajaan menyedari ia mesti disediakan dengan kuasa pasaran dan dasar yang selari dengan perkembangan di dalam teknologi.

 

 

Malaysia Autoshow 2018 yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI), sebuah agensi di bawah MITI telah menyediakan ruang pertunjukan pelbagai teknologi tempatan dan asing yang berkaitan dengan mobiliti terhubung.

Kerajaan telah mula mengusahakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2018 yang mempunyai penekanan kuat terhadap kenderaan generasi baru, mobiliti, Revolusi Industri 4.0 dan Kepintaran Buatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah melancarkan Mobility Digital Optimisation Services atau MDOTS oleh MAI semasa pembukaan Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS, Serdang minggu lepas.

MDOTS adalah inisiatif yang akan membolehkan pengumpulan, analisis dan tafsiran maklumat ke dalam data pintar dan kemudiannya akan digunakan dalam membuat keputusan dan pembangunan dasar masa depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reruai Toyota untuk tahun ini membawakan tema  “Let’s Change the Future of Cars – Find Your Future…
Berita Domestik
  According to Dr Horizon Gitano Briggs of Focus Applied Technologies Sdn Bhd, Malaysia is already…