Mobile Assist 24 jam/7 hari seminggu daripada Proton sempena Aidilfitri 2018

oleh Muhamad Hanif|
Buat para pelanggan dan pemilik kenderaan Proton, usah gusar sekiranya terperangkap dengan sebarang kecemasan semasa musim perayaan kerana Proton kini melancarkan 36 pasukan Mobile Assist di seluruh negara.
Promosi Duit Raya

Pasukan Mobile Assist ini akan beroperasi selama 24 jam/ dan 7 hari seminggu bagi memberikan bantuan jalan raya terhadap para pemilik kenderaan Proton sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah. 
 


Khidmat trak penunda juga turut disediakan dengan kerjasama Multi Automotive Service and Assist (MASA) secara percuma sekiranya kenderaan masih di dalam tempoh jaminan, atau bayaran serendah RM31.80 sekiranya kenderaan sudah melebihi tempoh jaminan. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau emel di [email protected] 

Pelanggan juga boleh melayari laman rasmi Facebook di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau menerusi aplikasi rasmi MyProton. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah pegawai tinggi dari Zheijiang Geely Holding Group Co. Ltd…
Berita Domestik
  Promosi harga terbaik untuk model Saga nampaknya membantu Proton untuk mencapai jualan sebanyak…
Berita Domestik
Para pemilik kenderaan Proton hanya perlu berkunjung ke pusat servis Proton yang berdekatan untuk…