Mobil bekalkan pelincir untuk Peugeot

oleh |

Pengedar sah Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd. telah menandatangani satu perjanjian tiga tahun dengan pengedar ExxonMobil, Mobilub Trading Sdn Bhd bagi membekalkan pelbagai pelincir Mobil untuk kesemua 35 cawangan Peugeot di seluruh negara.

Kerjasama ini menandakan komitmen Peugeot dan ExxonMobil untuk membawa produk yang berkualiti tinggi, cemerlang dan berinovasi kepada pelanggan mereka di Malaysia demi mengukuhkan reputasi mereka sebagai jenama terkemuka di dunia.

"Kami telah berjaya membuat jenama Peugeot sebagai tada-niaga Perancis yang paling laris di Malaysia dan kami melakukan ini dengan menyediakan pelanggan-pelanggan kami dengan perkhidmatan dan penyelesaian jagaan lanjutan yang terbaik. Pelincir Mobil  adalah pilihan yang disyorkan untuk pemilik kereta Peugeot yang ingin melindungi enjin mereka tanpa menjejaskan prestasi kenderaan mereka," kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn.Bhd. Dato Samson Anand George.
Mobil with Peugeot 2
"Kerjasama ini adalah permulaan strategi penjenamaan bersama yang kukuh dalam industri automobil Malaysia. Kami berharap untuk bekerjasama rapat dengan Mobilub dan Nasim untuk membangunkan aktiviti dan inisiatif yang akan meningkatkan jenama mereka di Malaysia. Di ExxonMobil, kami komited untuk menyediakan penyelesaian pelincir terbaik untuk pemilik kereta bagi prestasi tinggi dan jangka hayat enjin panjang yang terbukti", kata Pengurus Jualan Kluster Asia Tenggara di ExxonMobil Asia Pacific Pte. Ltd, Pajaree Meekangvan.

"Mobilub telah bekerjasama dengan Nasim sejak dua tahun yang lalu. Ini adalah satu peluang yang baik untuk kita terus membina hubungan kerjasama dengan Nasim dan pelanggan mereka," kata Pengarah Eksekutif Mobilub Trading Sdn Bhd, Abdul Rahman Rashid.

Seperti juga ExxonMobil, pengeluar Peugeot iaitu PSA Group berpegang kepada standard tertinggi produk. Pelbagai Mobil pelincir yang dibekalkan untuk Nasim telah menjalani ujian yang ketat dan berjaya mengatasi spesifikasi piawaian ketat PSA Group.

Add new comment

banner articles