Mitsubishi Triton VGT AT GL kini di Malaysia-RM103,800

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini telah memperkenalkan Triton VGT AT GL serba baharu.

 

Model terbaharu ini berasaskan varian Triton VGT AT, yang dibina khas buat anda yang mahukan trak pikap bagi kegunaan harian dengan harga mampu milik.

 

Varian ini diimport sebagai unit CBU dari Thailand dan ditawarkan dengan harga bermula daripada RM103,800 serta datang dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

 

Dari segi luaran, Triton VGT AT GL ini didatangkan dengan gril krom berwarna gelap, “side step” dan rim aloi 16 inci. Dalam kabin pula, ia dilengkapi dengan sistem 2-DIN Audio, 4WD “selector” dan kawalan suhu automatik.

 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.4L MIVEC turbodiesel dengan teknologi VVT dan VGT. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 181 PS dan tork 430Nm.

 

Ciri keselamatan yang ditawarkan pada Triton VGT AT AL:

  • Active Stability & Traction Control (ASTC)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Active Stability Control
  • Hill Start Assist (HAS)
  • Trailer Stability Assists (TSA)

 

Mitsubishi Motors Malaysia juga bakal mengadakan siri jelajah di lokasi dan tarikh seperti berikut;

  27 September- 1         October

  (Rabu – Ahad)

 

   Lembah Klang, Mid Valley      Megamall,    Centre Court   10.00am-             10.00pm

   19-24 September

   (Selasa – Ahad)

       Johor Bahru, Aeon Tebrau City,              Centre Court 10.00am-10.00pm

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi pelanggan yang telah menempah dan membeli sebuah Mitsubishi Triton baharu, mereka berpeluang…