Dihadkan kepada 120 unit sahaja, Triton Knight ditawarkan berdasarkan varian Adventure X, namun dengan beberapa penambahan aksesori seperti hiasan bumper hadapan berwarna kelabu, pelindung hud enjin, pelekat badan Knight dan deflektor cermin sisi.
Aksesori lain yang dilengkapkan termasuklah plet scuff dan karpet lantai yang dijahit dengan benang merah serta logo Knight.
Sama seperti varian Triton Adventure X, Triton Knight turut mendapat ciri All Round Monitor (ARM) - ciri yang membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling menerusi penglihatan mata burung untuk memudahkan pergerakan serta memarkir kenderaan.
Tidak ketinggalan, ciri Driving Video Recorder turut didatangkan secara standard bagi memastikan setiap saat pemanduan dirakam dengan jelas.
Walaupun dengan bermacam aksesori, Mitsubishi Malaysia tidak menaikkan harga jualan Triton Knight, dan masih kekal dengan harga RM137,900.
Harus diingat, ia hanya terhad kepada 120 unit sahaja dan setiap pembelian Triton Knight turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 200,000 km yang mana terdahulu.
Promosi akhir tahun yang dijalankan oleh Mitsubishi Motors Malaysia turut merangkumi program kesetiaan khusus buat para pemilik kenderaan Mitsubishi, di mana pelanggan yang membeli varian Triton terpilih akan turut menerima rebat tambahan bernilai RM3,000 ke atas promosi sedia ada.
Manakala mana-mana pemilik trak pikap yang membeli varian Triton terpilih akan menerima tambahan rebat tunai bernilai RM2,000.
Trak pikap Triton dikuasakan oleh enjin 2.4 liter MIVEC diesel turbo yang mampu menjana kuasa maksimum 181 PS dan 430 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.
Untuk kawalan kuasa yang lebih lancar di mana jua permukaan jalan, Triton dilengkapkan dengan Super Select 4WD II serta ciri mod Off-Road untuk mengawal kuasa enjin, transmisi dan brek bagi memastikan amaun putaran roda yang bersesuaian serta memaksimumkan prestasi di atas jalan.
Selain daripada ciri Bantuan Menurun Cerun, Triton turut menerima ciri keselamatan yang terbaik seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta, Bantuan Penukaran Laluan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik, Bantuan Suluhan Tinggi dan juga tujuh unit beg udara.
Sebagai rujukan, berikut merupakan harga jualan bagi trak pikap Triton di pasaran Malaysia:
Varian |
Harga (RM) |
Warna |
Triton Adventure X |
137,900.00 |
White Diamond, Jet Black Mica |
Triton AT Premium |
121,000.00 |
White Diamond, Graphite Gray |
Triton MT Premium |
112,500.00 |
White Diamond, Graphite Gray |
Triton AT |
105,990.00 |
White Diamond, Sterling Silver |
Triton MT |
100,200.00 |
White Diamond, Sterling Silver |
Triton Quest 4x2 |
79,890.00 |
White Diamond |