Mitsubishi Triton Champion Xperience bakal mendarat di Miri 26-27 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berlangsungnya acara Trition Champion Xperience beberapa minggu yang lepas, Mitsubishi Motors Malaysia bakal membawakan acara yang sama ke Miri, Sarawak pada 26-27 Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Parkcity Eastwood, Miri, ia dibuka kepada umum secara percuma bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
 

triton


Menerusi acara Triton Champion Xperience, MMM bakal memperlihatkan keupayaan sebenar Triton dari segi pengendalian, kegagahan, kuasa dan kebolehpercayaan menerusi sesi taxi ride berkelajuan tinggi, serta pandu uji off-road yang direka khas untuk menguji mod off-road dan sistem Super Select 4WD II.

Bagi mereka yang mendaftar awal untuk sesi pandu uji di laman web MMM (https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton-mini-axcr/) akan berpeluang untuk menerima barangan eksklusif berupa T-shirt Champion Xperience, pin tambah nilai Touch ‘n Go RM20, dan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa beg North Face EXPLORE BARDU II.
 

axcr


Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah model trak pikap Triton Athlete dan Triton AT Premium boleh menikmati promosi dan kadar faedah serendah 1.77 peratus, sah sehingga 31 Ogos 2023, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan yang menempah Triton baharu pada acara Triton Champion Xperience juga akan menerima tumbler Stanley.