Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana bermula dari 10.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Di sana, MMM telah menyediakan beberapa laluan yang mencabar seperti:
- Devil's Angle - menguji fungsi Bantuan Menurun Cerun (HDC)
- Muddy Terrain - menguji sistem Super-Select 4WD II dan mod off-road
- Log and Roll - menguji sistem suspensi dan keselesaan kabin Triton
Selain daripada cabaran off-road, MMM turut menyediakan sesi pandu uji Mitsubishi Agility Challenge dimana peserta perlu melengkapkan pemanduan di beberapa seksyen seperti slalom, selekoh tajam, maneuvering dan cabaran parkir dalam masa yang singkat.
Mata akan dikira untuk setiap seksyen dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM700 untuk dua hari berturut-turut itu.
Menerusi sesi pandu uji ini juga, para pengunjung berpeluang untuk merebut hadiah berupa iPhone 11, hadiah wang tunai RM888, minuman Boba Tea percuma dari The Alley (untuk 100 orang pertama) dan tumbler Ralliart bagi mereka yang meletakkan wang tempahan RM300 untuk mana-mana kenderaan Mitsubishi.
Sehingga 31 Disember ini, mana-mana pelanggan yang menempah dan mendaftarkan sebuah Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk menikmati faedah rendah 0.88% (Maybank/Public Bank) atau rebat tunai sehingga RM10,000.
Setiap Triton didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 200,000 km (yang mana terdahulu).
No |
Varian |
Harga atas jalan tanpa insurans (RM) |
Promosi |
Jaminan |
1 |
Triton VGT Adventure X |
137,900 |
kadar faedah 0.88% ATAU rebat tunai RM4,000 |
Jaminan pengeluar lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km
|
2 |
Triton VGT AT Premium |
121,000 |
kadar faedah 0.88% ATAU rebat tunai RM4,000 |
|
3 |
Triton VGT MT Premium |
112,500 |
kadar faedah 0.88% ATAU rebat tunai RM10,000 |
|
4 |
Triton VGT AT |
105,990 |
rebat tunai RM8,000 |
|
5 |
Triton VGT MT |
100,200 |
rebat tunai RM4,000 |