Mitsubishi Triton 2024 tampilkan casis, kerangka ladder frame, enjin baharu

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja sebelum Mitsubishi mendedahkan sepenuhnya perincian berkenaan trak pikap generasi baharu Triton 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terkini, Mitsubishi mendakwa Triton serba baharu ini akan membawakan pelantar ladder frame, casis serta enjin diesel serba baharu.
 

triton


Enjin diesel yang bakal menguasai Triton itu mampu menghasilkan prestasi tinggi yang lebih mesra alam, dengan menekankan pengurangan kadar geseran dalam enjin.

Selain daripada itu, trak pikap Triton ini turut membawakan tetapan sistem gantungan jenis double-wishbone pada gandar hadapan, diikuti dengan suspensi dedaun di bahagian belakang.
 

Triton


Kesemua ciri yang disebutkan itu tadi membolehkan trak pikap Triton menawarkan aspek pemanduan yang selesa, selamat dan meyakinkan tanpa mengira keadaan jalan mahupun cuaca persekitaran.

Mitsubishi Triton serba baharu dijangka akan muncul secara rasmi pada 26 Julai, jam 10 pagi waktu Bangkok.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…