Mirage kemudian dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 19 November 2012. Attrage pula diperkenalkan pada tahun yang sama dan versi tempatan dilancarkan pada 12 November 2013.
Di pasaran global Mirage facelift diperkenalkan pada 2015 dan berbanding di negara kita, model kompak ini terus dijual dibeberapa negara seperti Amerika Syarikat sehingga sekarang.
Kini memasuki usia ketujuh, Mitsubishi masih mempercayai Attrage dan Mirage dan disebaliknya ada sebab yang kukuh.
Mirage dan Attrage adalah model strategik global Mitsubishi dengan jualan pada tahun fiskal mencecah 140,000 unit.
Berdasarkan prestasi jualan tersebut, pelancaran model facelift ini adalah suatu yang munasabah dan boleh dipasarkan untuk beberapa tahun lagi.
Selain rekabentuk yang diperbaharui, Mitsubishi tidak mendedahkan perubahan pada enjin dan transmisi. Untuk versi sedia ada, Mirage dan Attrage dikuasakan oleh enjin 1.2L tiga silinder (78hp) dengan pilihan transmisi CVT atau lima kelajuan manual.
Tentang sama ada Mirage atau Attrage bakal dipasarkan semula ke negara kita, kami juga belum dapat mengesahkannya. Umum diketahui pasaran segmen A dan B tempatan 'dipasak kuat' oleh Perodua dan Proton.
Penulis: Muhammad Md Tajudin