Trak Triton itu akan digunakan oleh NCSM untuk memberikan khidmat kepada komuniti luar bandar, terutama kawasan miskin bandar dan kampung yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan saringan.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda menjelaskan, "Mitsubishi Motors menyokong usaha murni NCSM dalam menjalankan misi meningkatkan kesedaran umum terhadap pencegahan, saringan dan pengesanan awal kanser. Selari dengan visi CSR kami 'Inspiring Lives Today for a Greater Future', kami faham kejayaan tidak seharusnya diukur dari segi bilangan kenderaan di atas jalan raya, akan tetapi kualiti kehidupan setiap insan yang telah ditambah baik di sepanjang perjalanan tersebut.
"Sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab, kami amat berbesar hati untuk memenuhi CSR kami dengan menggunakan kekuatan inovatif 4x4 kami untuk membawakan penambahbaikan yang lebih besar terhadap masyarakat," ujarnya lagi.
Dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan sukarela orang awam, NCSM menawarkan sokongan penuh kepada pesakit dan penjaga dalam memahami dan menangani kanser dalam pelbagai fasa, menerusi Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Rumah Harapan Dewasa dan Rumah Harapan Kanak-kanak.