Mitsubishi lancar Xpander - bakal eksport dari Indonesia untuk Nissan (harga dari RM60,800 di Indonesia)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya Mitsubishi sudah memulakan tugasan baharu sebagai anak buah kumpulan Nissan Renault dan Mitsubishi.

Jenama Jepun itu baru melancarkan MPV tujuh-tempat duduk XPander di Pameran Kenderaan Indonesia (GIIAS) semalam. 

MPV dengan enjin 1.5L itu bakal bersaing dengan pesaing dalam sekelasnya seperti Suzuki Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta, Daihatsu Xenia dan Honda Mobilio.

 

Xpander2

 

Menurut CEO Mitsubishi, Osamu Masuko, Mitsubishi akan memasang Xpander di Indonesia dan ia akan dieskport ke Filipina, kemudiannya Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Sasaran Mitsubishi ialah menghasilkan sebanyak 80,000 unit Xpander setiap tahun di sana, dan 20,000 untuk dieksport.

Xpander 1

 

Xpander ialah model pertama Mitsubishi bersama Renault-Nissan selepas Nissan membeli pegangan saham di dalm Mitsubishi bernilai USD 2.3 billion selepas Mitsubishi mengaku menipu ujian perbatuan untuk produk-produk mereka.

Ia dijual dari harga RM60,800 untuk spek transmisi manual 5-kelajuan sehingga ke RM78,800 untuk spesifikasi tertinggi dengan kotak gear 4-kelajuan automatik. di Indonesia. Enjin yang digunakan ialah enjin 1.5L Mivec.

Menurut Masuko lagi, ianya akan dibekalkan kepada Nissan Motors untuk pasaran Indonesia tetapi kemungkinan Nissan akan mempunyai rekabentuk yang sedikit berbeza.

Maka sekarang bermulalah era di mana Mitsubishi dan Nissan akan bergabung tenaga dalam produk-produk mereka. 

Siapa sangka Evolution akan berkahwin dengan GTR? 

 

Xpander 2

 

Xpander 4


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…