Mitsubishi L200 (Triton) dibuat khas untuk Fast & Furious Live

oleh Muhammad Md Tajudin|
Siri filem Fast & Furious memang gempak, bermula dari kehidupan jalanan pelumba underground sampailah bekerjasama dengan FBI. Bermula dari musuh sehingga boleh lepak makan bersama. 

Selain daripada tayangan di panggung wayang, terdapat juga siri jelajah Fast & Furious Live dengan aksi secara langsung yang dianjurkan di dalam venue tertutup serata Eropah.

Apa yang mengujakan ialah aksi dan kereta yang digunakan diambil dari siri filem F&F sendiri. Ada Nissan Skyline, Toyota Supra dan terbaru sekali Mitsubishi L200 atau Triton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi L200 FnF

 

Mitsubishi L200 ini dibuat khas oleh Mitsubishi Motors di UK dan semestinya mengikut tema ekstrem F&F. Mitsubishi menggunakan edisi istimewa L200 SVP II sebagai asas dengan tema warna biru dan perincian jingga.

Kit badan mestilah gempak di mana Mitsubishi telah memotong panel badan pada keempat-empat roda dan menggantikannya dengan besi berongga.

Modifikasi yang dilakukan diteruskan pada bahagian enjin 2.4 liter diesel turbo. Turbo standard ditukar kepada jenama Garrett dan ekzos yang ditarik ke tepi. Manifold ekzos juga ditukar kepada jenis buatan sendiri.

 

Mitsubishi L200 FnF

 

Intercooler turut ditukar kepada saiz lebih besar dan ECU telah dipeta semula bagi menyesuaikan dengan saiz turbo baharu dan saliran ekzos yang lebih lawas.

Pada bahagian dalaman pula, Mitsubishi menggunakan kerusi bucket gentian kaca Corbeau dan tali pinggang keledar perlumbaan empat poin jenama Luke.

Ini agaknya L200 paling ekstrem di dunia. Memang ganas sungguh dan kena dengan tema F&F.

 

Mitsubishi L200 FnF

 

Peminat sejati F&F pasti mengingati dua lagi model Mitsubishi yang turut 'berlakon' dalam filem ini, iya Eclipse dan Evolution pun turut digunakan dalam F&F live.

Jadinya ada tiga model iaitu Mitsubishi Evo, Eclipse dan pikap L200.

Peminat hardcore mungkin boleh meniru Evo, tetapi untuk L200 ini nampak seperti sukar, iya lah sebab fender dan panel kargo kena potong dan kemudian ada besi pula melingkar atas badan pikap.

Setakat tukar set depan Triton kepada Pajero Sport apalah sangat jika dibandingkan dengan yang ini. 

Ada tidak yang berani membuat replika Mitsubishi L200 F&F?

Memang janggal jika ada yang memandu L200 ini di atas jalan raya. Boleh jadi, orang tengok pun pelik dan jika tidak menarik perhatian, bukanlah F&F namanya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…