Mitsubishi Expander 2018 dilancarkan di Thailand - 2 varian, harga bermula dari RM97k

oleh Mohamad Hanif|
Meluaskan lagi penaklukan Mitsubishi di dalam pasaran MPV, Mitsubishi Motors Thailand telah membawa masuk unit CBU MPV tujuh tempat duduk Expander secara rasmi ke negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka sebagai sebuah crossover yang menggandingkan praktikaliti sebuah MPV dengan ciri jarak kelegaan yang tinggi seperti SUV, Expander disasarkan untuk bersaing dengan model-model MPV seperti Toyota Avanza, Suzuki Ertiga dan Honda BR-V. 

 


Ia merupakan unit import penuh (CBU) yang dihasilkan di kilang pemasangan baharu Mitsubishi yang terletak di jajahan Bekasi, Indonesia. 

Dihasilkan dalam dua varian, iaitu GLS Limited dan GT, ia menampilkan ciri-ciri mewah standard seperti lampu posisi kristal LED, lampu belakang jenis LED, spoiler belakang dengan lampu berhenti LED, cermin hadapan dengan tint penebat bunyi, sistem paparan multi informasi, dan corong pendingin hawa baris tengah.

Manakala bagi varian GLS Limited pula, ia menerima tambahan ciri seperti kerusi balutan kulit, lampu kabus, kemasan krom pada bahagian luaran, paparan TFT 4.2 inci dengan animasi 3D, indikasi mod ECO, serta arahan suara. 
 


Mitsubishi Expander dijana menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa setinggi 105 PS serta daya kilas 141 Nm yang memberikan kuasa pecutan kepada roda hadapan menerusi transmisi automatik empat kelajuan. 

Harga jualan Mitsubishi Expander bermula dari 779,000 THB (RM97,421.74*) untuk varian terendah sehingga 849,000 THB (RM106,175.94*) untuk versi premium. 
 


Sebagai rakan sepakatan, Nissan akan menggunakan asas Mitsubishi Expander sebagai platform untuk menggantikan MPV Nissan Grand Livina yang kini sudah terlalu lama berada di pasaran. 

Melihatkan kepada perkembangan terbaharu ini, berkemungkinan besar tidak mustahil Mitsubishi bakal meluaskan lagi penawaran Expander ini ke pasaran yang lain seperti Malaysia. 

Sumber: Carlist

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dikatakan akan menggunakan perkhidmatan DRB-Hicom sepenuhnya di…
Berita Global
Persaingan sengit masih lagi berlaku di antara dua model yang paling popular, iaitu Mitsubishi…
Berita Global
Di Indonesia, pasaran Low Multipurpose Vehicle (LMPV) kini sememangnya sangat sengit dengan model-…