Sebagai contoh, Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition sekarang ini (09:00 23 April, UK) mencatat bidaan tertinggi bernilai GBP78,000 atau bersamaan RM445,051!
Sementara itu, Mitsubishi Lancer Evolution IX MR FQ-360 by HKS pula berada di belakang dengan nilai bidaan GBP59,000 (RM336,641)!
Adalah dijangkakan bahawa nilai bidaan tersebut akan memecahkan rekod GBP99,000/USD138,000 (RM564,872) yang dibayar untuk Lancer Evolution IX di Amerika Syarikat pada tahun 2017.
Sebuah lagi model iaitu unit rali Lancer Evolution IX pula mencatatkan bidaan berjumlah GBP35,000 (RM199,702)
Model-model warisan lain tidak kurang hebatnya dan berikut ialah nilai bidaan terkini:
- Mitsubishi 3000GT: GBP22,700 (RM129,521)
- Mitsubishi Starion: GBP16,600 (RM94,716)
- Mitsubishi Shogun (Pajero) Mk1: GBP14,000 (RM79,880)
- Mitsubishi Jeep J27: GBP12,800 (RM73,034)
Juga mendapat sambutan ialah koleksi nombor pendaftaran dengan 1 CCC dibida pada GBP10,500 (RM59,863) dan 2-9 CCC bernilai di antara GBP4,000 hingga GBP5,000 (RM22,823 - RM28,528).
Setakat ini jumlah bidaan terkumpul sudah melebihi GBP400,000 (RM2,280,524) dan dijangka mencatat lebih setengah juta pound (RM2.85 juta) menjelang tarikh akhir bidaan pada 30 April 2021.
Penulis: Muhammad Md Tajudin