Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad-harga RM129,999

oleh DIANA ISMADI|
Mitsubishi Malaysia kini telah memperkenalkan ASX Adventure edisi terhad dengan harga RM129,999 (tidak termasuk insurans). Jentera ini hanya ditawarkan untuk 60 unit di dalam Malaysia dan anda kini boleh membuat tempahan di bilik pameran Mitusbishi yang berhampiran.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

ASX Adventure ini telah diberikan beberapa perubahan dari segi eksterior dan interior. Dari segi kuasa, ia masih lagi dikuasakan dengan enjin empat silinder 2.0L MIVEC, transmisi automatik yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 148hp dan tork 197Nm.

 

ASX Adventure


Untuk bahagian luaran, jentera edisi terhad ini datang rekaan gril depan baharu berwarna gelap yang lebih lebar dan yang penting, ia nampak sangat "sporty". Untuk makluman, jentera ini hanya ditawarkan dengan pilihan warna biru. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…