Misi VW menawan Pikes Peak, guna kereta elektrik berkuasa 500 kW/680 hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengeluar kereta menggunakan pelbagai kaedah untuk mempromosikan produk mereka. Paling mencabar ialah menggunakan perlumbaan dan menariknya ia adalah strategi serampang dua mata.

Selain mempamerkan kebolehan, data-data yang diperolehi digunakan sebagai analisa untuk program penyelidikan dan pembangunan atau penambahbaikan.

Ini pula projek hebat dari Volkswagen. Mereka menyediakan kereta khusus untuk menyertai perlumbaan Race to the Clouds terkenal di Colorado Springs, Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volkswagen I.D. R Pikes Peak

 

Perlumbaan ke awan ini begitu sinonim dengan Monster Tajima yang mencatatkan beberapa rekod penting dan juga legenda rali dunia, Sébastien Loeb.

Bagi menyertai perlumbaan yang dijadualkan pada 24 Jun ini, VW membangunkan kereta khusus iaitu I.D.R Pikes Peak dan menariknya ia adalah kereta lumba elektrik sepenuhnya.

I.D.R Pikes Peak dibina untuk mencatat rekod baharu dalam perlumbaan ke puncak gunung tersebut dalam kategori kereta elektrik.

Kereta ini digerakkan oleh enjin berkembar elektrik dengan kuasa maksimum 500 kW atau 680 hp. 

 

Volkswagen I.D. R Pikes Peak

 

VW menggunakan bateri lithium-ion untuk sistem simpanan tenaga, bateri jenis ini juga turut digunakan dalam kereta elektrik biasa.

Satu perkara menarik tentang projek ini ialah, para jurutera tidak menumpukan pada jarak pemanduan yang merupakan sasaran utama kenderaan EV jalanan tetapi memberi fokus kepada output kuasa paling tinggi yang boleh dicapai.

Mengikut perkiraan, sekitar 20 peratus tenaga elektrik yang diperlukan dihasilkan semasa dalam pemanduan berjarak 20 km. 

Kunci utama dalam teknologi ini ialah pemerolehan semula tenaga. Sewaktu membrek, enjin elektrik yang bertindak sebagai generator akan menukar tenaga dari brek kepada elektrik dan kemudian menghantarnya kepada bateri.

 

Volkswagen I.D. R Pikes Peak

 

Berikut ialah informasi tentang pelumba dan perlumbaan Race to the Clouds:

  • Perlumbaan yang menarik perhatian antarabangsa ini akan dilangsungkan pada 24 Jun 2018
  • Kereta VW I.D.R Pikes Peak bakal dipandu oleh juara bertahan Pikes Peak sendiri iaitu Romain Dumas
  • Pelumba berusia 39 tahun yang berasal dari Perancis ini memang sukakan cabaran begini
  • Beliau telah tiga kali mencatat kejayaan di Pikes Peak dan dua kali menang di perlumbaan 24 Jam Le Mans
  • Perlumbaan Pikes Peak bermula pada aras 2,862 meter di atas paras laut
  • Ia melalui 1,440 vertikal meter dakian, 156 selekoh dan 100 peratus permukaan aspal
  • Hanya satu perlumbaan dibenarkan dan tiada ulangan
  • Puncak Pikes Peak ialah 4,302 meter dan suhu akan jatuh ke paras bawah beku pada penghujung bulan Jun

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen I.D. R Pikes Peak

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…