Misi Petronas mencari Jurutera Bendalir Trek masih diteruskan

oleh SALINA JALIL|
Petronas melalui subsidiri Petronas Lubricants International (PLI) memaklumkan bahawa mereka masih mencari calon yang mempunyai kelayakan, bersemangat dan mempunyai daya motivasi yang tinggi untuk mengambil peluang pekerjaan sebagai Jurutera Bendalir Trek Petronas (Trackside Fluid Engineer). Pencarian calon yang sesuai untuk jawatan ini diadakan secara global bagi memenuhi jawatan tersebut bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport yang telah dinobatkan sebagai juara sebanyak empat kali dalam kejuaraan F1 Formula One.
Kawasaki Legend Reborn

 

Pengarah Urusan PLI dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Guiseppe D'Arrigo berkata peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berhubungkait rapat dengan pembangunan tercanggih dalam bidang teknologi bendalir untuk memandu kereta terpantas dan paling kuat di dunia adalah amat jarang, bukan sahaja ia menarik tetapi tidak boleh dilepas begitu sahaja. Jika anda mempunyai apa yang diperlukan, ini adalah peluang anda untuk sertai kami sebagai Jurutera Bendalir Trek Petronas seterusnya, kata beliau lagi.

Turut hadir pada sidang media semalam adalah Pegawai Teknologi Petronas Lubricants International, Erik Holthusen dan Jurutera Bendalir Trek, Ahmad Nasri Shafie.

PLI bergantung pada pengetahuan kolektif sebagai sebuah pasukan teknologi, ia termasuk melayani kru yang berpengetahuan untuk bersama dengan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, dan Formula One merupakan elemen utama dalam membangunkan dan membuktikan bahawa konsep produk yang dipertengahkan sebagai pembuka jalan bagi teknologi bendalir pada masa depan.

Dalam sesi soal jawab, beberapa soalan telah dikemukakan kepada Ahmad Nasri Shafie yang memegang jawatan Jurutera Bendalir Trek Petronas. Beliau menekankan salah satu elemen yang penting dalam pekerjaan ini adalah bersifat positif dan mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa fokus memberi yang terbaik. Beliau merupakan anak muda Malaysia yang pertama memegang jawatan tersebut. 
 

 

'Petronas telah menjadi tunggak kejayaan pasukan dan perkongsian kami memainkan peranan penting dalam empat gelaran kejohanan dunia berturut-turut yang telah kami telah menang bersama', kata Toto Wolff, Ketua dan Ketua Pegawai Kumpulan, Mercedes-AMG Petronas Motorsport.  


'Pengetahuan teknikal mereka mengenai kuasa Formula Satu telah memberi nilai hebat kepada pasukan, dan kami menikmati produk mereka yang berdaya saing daripada bahan api dan pelincir mereka. Dengan kepakaran mereka dalam kejuruteraan bendalir memberikan kami kelebihan kerana sebahagian daripada tugas pasukan adalah menguji bahan api litar secara khusus di dalam makmal trek dan keperluan untuk membuat ujian bahan api litar adalah sangat banyak untuk memastikan ia adalah formula yang tepat. Kami tahu bahawa kakitangan kami adalah kunci kepada kejayaan kami dan kami sangat teruja dengan inisiatif PLI untuk mencari dan memupuk bakat baru untuk menyokong kami.

 

Petronas telah menyediakan jurutera bendalir di trek dan bergerak sebagai sebuah pasukan sejak bermula perkongsian dengan Mercedes F1 pada tahun 2010 lagi. Jurutera trek beroperasi di makmal bergerak yang padat untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan bendalir di ujian Formula Satu dan acara perlumbaan di seluruh dunia. Mereka menyediakan analisis dalam sebelum, semasa dan selepas setiap perlumbaan, ujian tersebut merangkumi mengenai Petronas Teknologi Fluid Solution, rangkaian produk dan perkhidmatan penyelenggaraan yang perlu disesuaikan termasuk penggunaan Petronas Primax Fuel, Petronas Syntium Lubricant dan Petronas Tutela Functional Fluid untuk pasukan Mercedes dan pasukan pelanggan Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP) juga.
 

 

Setakat ini sebanyak 3,600 permohonan dari seluruh dunia telah diterima. Tarikh tutup penghantaran permohonan adalah pada 7 Oktober 2018.

Kriteria yang dicari untuk jawatan ini adalah seperti berikut:

- Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanik, Kimia atau Automotif (atau yang setaraf), Pendidikan Kimia, Fizik atau pengalaman berkaitan dokumentasi.

- Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja di bidang yang berkaitan.

- pengetahuan umum tentang teknik dan instrumen kimia analitik.

- menunjukkan keupayaan dan bersemangat untuk mempelajari kemahiran baru dengan cepat di tempat kerja.

- pemahaman umum tentang bahan pelincir (enjin dan kotak gear) dan teknologi bahan api.

- membuktikan keupayaan dan semangat berpasukan untuk belajar dengan cepat dan mengadaptasi skil di tempat kerja.

- kemahiran komunikasi yang kuat dan bersikap positif untuk memberi maklumbalas mengikut keperluan dan keutamaan pasukan.

- sifat motivasi tinggi dan bersemangat untuk mempromosikan petronas dan pasukan F1 kepada tetamu dan rakan kongsi.

- fasih berbahasa Inggeris

 

Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Petronas di trek dan mempunyai kelayakan yang diperlukan, sila kemukakan permohonan anda melalui emel ini: [email protected]

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
  Apabila pihak Careta menerima jemputan dari Petronas Lubricants International (PLI) untuk…
Berita Domestik
  Menurut Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales yang Careta hubungi sebentar tadi…
Berita Global
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pihak SIC kini sedang mencari jalan untuk mengekalkan khidmat…