MIROS unjur bina tempat teduh motosikal yang selamat

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye menggesa pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya untuk mengkaji semula reka bentuk dan lokasi kemudahan berteduh bagi penunggang motosikal.

"Tempat berteduh itu tidak sepatutnya berada di kawasan yang terlindung, seperti di selekoh dan gelap," ujar beliau kepada Harian Metro.

"Pada masa yang sama, tempat berteduh perlu mempumnyhai ruang yang mencukupi dengan penghadang untuk melindungi pengguna dan motosikal," sambungnya.

Beliau mengulas kejadian di KM258 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Port Dickson di mana 12 buah motosikal mengalami kerosakan teruk akibat dihentam oleh sebuah Volkswagen Tiguan dan Perodua Axia.

Lee juga menyarankan agar pengguna motosikal menggunakan baju hujan berwarna cerah (high-visibility seperti warna kuning terang) dengan pembalik cahaya agar mereka mudah dilihat.

Pengguna motosikal juga diminta agar jangan berhenti di bawah jambatan atau di tepi lebuhraya kerana ia menyalahi undang-undang dan merbahaya.

Careta menyokong saranan Tan Sri Lee Lam Thye kerana sebagai pengguna lebuhraya, kami boleh melihat penunggang motosikal masih tidak serik berkumpul beramai-ramai di bawah jambatan.

Kami juga menunggang motosikal dan kami sarankan penggunaan topbox seperti Givi kerana ia melindungi harta anda dari cuaca buruk. 

Hanya berhenti di tempat yang selamat dan untuk yang parkir di dalam kawasan berteduh, tolong pastikan motosikal disusun dengan baik dan tidak menghalang motosikal untuk keluar dan masuk.

Careta juga berharap agar pihak berkuasa membesarkan kawasan berteduh kerana banyak tempat berteduh hanya mampu memuatkan beberapa buah motosikal sahaja. 

Walaupun mereka tidak membayar tol, adalah menjadi tanggung jawab sosial untuk menjaga keselamatan semua pengguna. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…