MIROS anjur Anugerah Keselamatan Jalan Raya untuk Asia Tenggara dengan kerjasama 3M Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
Menitik beratkan aspek keselamatan jalan raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini bekerjasama dengan 3M Malaysia dalam melancarkan Anugerah Keselamatan Jalan Raya 3M untuk Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penganjuran anugerah seumpamanya dianggap simbolik usaha bersepadu kedua-dua pihak dalam menerapkan amalan keselamatan jalan raya berkesan bagi mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan di rantau ini.
 
Pengerusi MIROS, Tan Sir Lee Lam Tye berkata, pihaknya percaya bahawa keselamatan jalan raya adalah isu serius yang memberi kesan kepada setiap negara di rantau ini.

"Saya berharap anugerah ini memberi kuasa kepada seluruh rantau untuk meningkatkan keselamatan jalan raya bukan hanya untuk kita, tetapi untuk generasi masa depan juga.

"Hubungan strategik dengan 3M Malaysia diambil selepas mengambil kira status mereka diketahui sentiasa mencari cara paling terbaik selain disifatkan sebagai peneraju inovasi keselamatan jalan raya selama lebih dari 75 tahun," tutur Lam Tye.

Mengulas lanjut, Lam Tye menegaskan statistik kemalangan jalan raya tidak seperti diharapkan meski pun negara di Asia Tenggara telah mengalami pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Untuk rekod, lebih 75,000 orang maut dalam nahas jalan raya di rantau ini pada tahun 2011 dan jumlah itu meningkat saban tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair (gambar; kanan) memberitahu pihaknya begitu berbesar hati dapat menjadi penaja untuk anugerah ini.

"Melalui usahasama dengan MIROS, kami teruja untuk dapat melancarkan Anugerah Keselamatan Jalan Raya 3M untuk Asia Tenggara.

"Kami optimis anugerah itu bukan sahaja akan menanamkan kepentingan mengurangkan kecederaan lalu lintas jalan raya dan kematian di Malaysia, tetapi juga menggalakkan pemikiran inovatif dalam mengaplikasikan langkah keselamatan lebih efisien selepas ini," katanya.

Harus diketahui, permohonan penyertaan dalam Anugerah Keselamatan Jalan Raya 3M untuk Asia Tenggara dibuka bermula hari ini hingga 31 Julai 2018.

Antara kriteria penilaian penghargaan yang ditetapkan merangkumi empat aspek utama seperti:

  1. Kesan - Angka pengurangan relatif, liputan inisiatif dan nisbah kos untuk manfaat
  2. Inovasi - Apa yang baru, apa yang menjadikan program berbeza daripada inisiatif semasa di Asia Tenggara
  3. Kemapanan - Program berterusan atau inisiatif sekali, termasuk kestabilan dan jangka masa program
  4. Replicability - Mengukur tahap kebolehulangan semula di seluruh kawasan bandar, negeri dan negara di rantau ini

Proses penilaian akan melibatkan dua peringkat dan peringkat pertama akan melibatkan persaingan antara penyerahan di negara yang sama.

Penyerahan dengan skor teratas untuk negara itu akan bersaing dengan penyerahan skor teratas di seluruh negara Asia Tenggara yang lain dalam peringkat penilaian kedua. 
Empat pemenang akan diumumkan semasa majlis anugerah pada 4 Disember 2018.

Hadiah utama menanti pemenang termasuk perjalanan ke Amerika Syarikat (lawatan ke Pusat Inovasi 3M dan Pusat Penyelidikan Pengangkutan).

Selain itu, pemenang juga berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi berkaitan teknologi terkini dalam bidang Keselamatan Jalan Raya.

Peserta yang berminat mengetahui maklumat lanjut berkenaan anugerah tersebut boleh melayari laman web, www.anugerah.miros.gov.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…