MINI Malaysia lancar model MINI Cooper S 3 dan 5 pintu, harga bermula dari RM227k

oleh Mohamad Hanif|
MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium telah memperkenalkan model MINI terbaharu yang disasarkan buat generasi Malaysia Baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata MINI generasi terbaharu ini direka untuk menjadi teman yang sempurna bagi meneroka seluruh pelosok negara, kesinambungan antara keperluan moden dan premium dengan penggayaan yang menawan. 


Penggunaan ruang yang kreatif, pengalaman pemanduan ala go-kart serta reka bentuk yang mempunyai impresi tersendiri pada model ikonik sejak 1959 itu diteruskan kepada pengenalan MINI terkini dan ditambah dengan ciri-ciri pintar melazimi kebiasaan gaya hidup moden masa kini. 

MINI Cooper S 3 Door dan 5 Door dilengkapi dengan enjin turbo TwinPower 2.0 liter yang mampu menghasilkan 192 kuasa kuda dan daya kilas 280 Nm digandingkan dengan transmisi dwi-klac Steptronic Sports dengan tujuh nisbah kelajuan yang terkini daripada BMW Group mematuhi piawaian standard Euro 6C tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan yang mengujakan disamping penjimatan bahan api yang baik. 
 


Ini membolehkan kedua-dua MINI mampu memecut dari titik pegun ke 100 km/j dalam masa 6.7 saat dan 6.8 saat (MINI 5 Door) dengan kadar penggunaan minyak masing-masing mencatatkan 5.5 l/100 km dan 5.6 l/100 km. 

Penggunaan bahan yang yang lebih ringan iaitu Carbon Fibre Reinforced Plactic (CFRP) pada bonet enjin menyumbang kepada penurunan berat sehingga 8 kilogram berbanding model terdahulu, sekaligus memberikan penambahbaikan kepada kadar penggunaan bahan api. 
 


Unsur Union Jack yang menjadi negara asal usul MINI diterapkan pada rekaan lampu belakang jenis LED spenuhnya dan lampu hadapan jenis Bi-LED yang turut dilengkapi Daytime Running Light (DRL) serba baharu menambah lagi daya tarikan pada MINI generasi terbaharu. 

Buat pertama kalinya, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Yours Customised Accessories yang merangkumi penawaran aksesori seperti side scuttles, fascia kokpit, kemasan LED pada ambang pintu, serta projekctor lampu LED pada pintu yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan spesifikasi peribadi pemilik. 

Aksesori tersebut boleh ditempah menerusi laman web www.yours-customised.mini dan terdapat pelbagai pilihan warna, kemasan, ikon serta tulisan yang boleh diterapkan pada aksesori yang ditempah. 
 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua model tersebut

BMW 3 Door

Enjin 4 silinder turbo TwinPower 192 hp/280 Nm
Transmisi dwi-klac Steptronic Sports (7 nisbah kelajuan)
MINI Centre Instrument dengan skrin sentuh 6.5 inci - fungsi MINI Connected
MINI Yours Illuminated Cockpit
Kemasan dalaman Leather Cross Punch warna Carbon Black
Warna pilihan - Chili Red, Pepper White, Solaris Orange, White Silver, Starlight Blue, Thunder Grey, British Racing Green
Bumbung kemasan warna hitam
Rim Cosmos Spoke 17 inci 

 

Mini 5 Door

Enjin 4 silinder turbo TwinPower 192 hp/280 Nm
Transmisi dwi-klac Steptronic Sports (7 nisbah kelajuan)
MINI Centre Instrument dengan skrin sentuh 6.5 inci - fungsi MINI Connected
Kemasan dalaman Leather Cross Punch dan Black Chequered Inferior Style
Warna pilihan - Chili Red, Pepper White, Emerald Grey, White Silver, Starlight Blue, British Racing Green
Bumbung kemasan warna hitam
Rim John Cooper Works Track Spoke 17 inci
 

Harga jualan runcit yang disyorkan bagi MINI adalah seperti berikut:

  • Mini Cooper S 3 Door: RM226,888.00
  • Mini Cooper S 5 Door: RM236,888.00
  • Mini John Cooper Works Hatch: RM283,888.00


Harga yang disebutkan merangkumi jaminan perbatuan tanpa had daripada MINI selama 4 tahun termasuk servis berjadual percuma  dan tidak termasuk insurans. 

Setiap pembelian model MINI dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun merangkumi servis komprehensif seperti Bantuan Kemalangan 24-jam, Servis Penundaan Percuma, kenderaan ganti dan juga Solusi Servis Mobiliti. 

Pelanggan juga boleh membuat temu janji servis menerusi atas talian yang boleh dilakukan di laman web https://service.mini.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…