Mini John Cooper Works Clubman dan Countryman memang mantap!

oleh DIANA ISMADI|

Mini Malaysia kini telah memperkenalkan Mini John Cooper Works Clubman dan Mini John Cooper Works Countryman baharu yang merupakan model Mini paling berkuasa serta eksklusif pernah dibina oleh jenama premium Britain itu.

 

Harga yang ditawarkan adalah RM328,888 bagi Mini John Cooper Works dan RM348,888 bagi Mini John Cooper Works Clubman (harga atas jalan tanpa insuran).

mINI TRACKDAY

 

Model tersebut telah dilancarkan pada acara Mini Track Days 2017 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

 

Team Careta juga telah diberi peluang untuk memandu dan merasai sendiri kuasa dan prestasi yang ditawarkan oleh dua jentera terbaharu dari Mini di Litar Antarabanga Sepang. Ternyata jentera dari Mini ini bukan sahaja nampak ekslusif malah kuasa yang ditawarkan juga cukup luar biasa.

 

Mini trackday

Reka bentuk seperti jentera lumba

 

Sekali pandang, memang sudah jatuh cinta! Penampilan Mini yang garang kali ini memang betul-betul memukau.

 

Gaya yang menyerlah pada bahagian luaran Mini John Cooper Works Clubman dan Mini John Cooper Works Countryman dengan Bodykit Aerodinamik John Cooper Works.

Mini

 

Ia turut diberikan rim bersaiz 19 inci berwarna hitam, gril John Cooper Works, bumbung dan perumah cermin sisi berwarna merah, pelekat badan merah, spoiler belakang, paip ekzos besi tahan karat, ketutup sisi (Side Scuttles) serta Sil Pintu John Cooper Works.

 

Ruang dalaman kabin kemas

 

Tempat duduk sport John Cooper Works bersama upholsteri kulit Dinamica berwarna hitam dan jalur merah.

 

Tempat duduk itu juga menawarkan sokongan lateral tambahan apabila pemandu mengambil selekoh dengan pengendalian Mini yang seperti sebuah go-kart sebenar.

Mini

 

Reka bentuk yang diinspirasikan oleh sukan bermotor juga boleh dilihat pada kluster instrumen dan kemasan paparan tengah John Cooper Works. Pada waktu malam, pengalaman memandu diserlahkan lagi menerusi ciri kemasan permukaan kokpit yang diiluminasi (MINI Yours Illuminated Cockpit Surface) dalam warna hitam berkilat pada MINI Countryman.

 

MINI Clubman pula menggunakan kemasan gentian aloi untuk gayaan dalaman beriluminasinya (MINI Yours Illuminated Interior Style).

 

Prestasi hebat yang cukup responsif

 

Memandu kedua-dua varian Mini ini di dalam litar lumba betul-betul mengujakan dan sangat meyakinkan.

Mini

Kedua-dua varian John Cooper Works baharu menggunakan

  • enjin empat silinder 2.0 liter dengan Teknologi Mini TwinPower Turbo
  • mampu menghasilkan kuasa sehingga 231hp dan tork 350Nm.
  • Mini John Cooper Works Clubman berupaya mencapai kelajuan 100km/j dalam masa hanya 6.3 saat dan Mini John Cooper Works Countryman tempoh cuma 6.5 saat.
  • dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan Steptronic Sports.
  • Mini John Cooper Works Clubman baharu tahap penggunaan minyak sekitar 7.2 liter bagi setiap 100 kilometer.
  • Mini John Cooper Works Countryman pula menawarkan gabungan penggunaan minyak sekitar 7.4 liter untuk setiap 100 kilometer.

 

Mode Pemanduan, Kawalan Peredam, Talaan Suspensi dan Sistem Kawalan Kestabilan Dinamik.

 

Untuk talaan kenderaan yang bersifat individu, Mode Pemanduan standard Mini membolehkan kenderaan ditala berdasarkan kepada kondisi jalan rata dan kecederungan pemandu.

Mini

Dengan memutar suis rotari pada bahagian bawah gear atau tuil pemilih, pemandu boleh mengaktifkan talaan sport, mid dan green.

 

Suspensi sports yang khusus untuk Min John Cooper Works Clubman baharu pula menampilkan talaan sistem suspensi dan peredam yang lebih keras.

 

Sistem brek yang dibangunkan khas untuk kedua-dua model John Cooper Works ini memastikan ia sepadan dengan prestasi yang ditawarkannya. Direka hasil kerjasama dengan pakar pengeluar brek Brembo, angkup brek cakera dengan empat omboh itu menjanjikan prestasi membrek yang konsisten, biarpun apabila terdedah kepada tekanan melampau di atas trek perlumbaan.

mini

Sistem Dynamic Stability Control memastikan cengkaman yang optimum ketika memecut, lincah sewaktu mengambil selekoh dan selamat apabila kenderaan diperlahankan. Fungsi-fungsinya termasuklah Dynamic Traction Control (DTC) dan Electronic Differential Lock Control (EDLC).

 

Sistem pacuan semua roda ALL4 mengoptimumkan cengkaman, kestabilan pemanduan dan dinamik ketika mengambil selekoh.

 

Mini John Cooper Works Clubman dan Countryman baharu merupakan model generasi terkini yang dilengkapi sistem pacuan semua roda ALL4 sebagai satu ciri standard.

 

Agihan kuasa tork di antara roda hadapan dan belakang yang dikawal secara elektronik menawarkan pecutan mantap dan meningkatkan aspek kelincahannya ketika mengambil selekoh. Bukan itu sahaja, sistem ALL4 memastikan tahap cengkaman terbaik dan kestabilan pemanduan yang optimum dalam apa jua cuaca serta permukaan jalan raya.

miNI

 

Memandangkan ia disambungkan dengan Dynamic Stability Control DSC, ALL4 memastikan agihan kuasa tork dapat diadaptasi secara pantas dan tepat untuk apa jua situasi pemanduan. Sekali gus menyerlahkan karekter atletik serta versatiliti MINI John Cooper Works Clubman dan Countryman baharu.

 

 

Fungsi dan peralatan baharu

 

Model-model baharu Mini John Cooper Works dipasang dengan Paparan Head-Up berkonstras tinggi. Ia memaparkan semua maklumat penting yang diperlukan oleh pemandu - kelajuan, kedudukan gear, masa terbaik untuk menukar gear dan paparan rev.

 

Navigasi 3D boleh dioperasi menerusi skrin bersaiz 8.8 inci, dimana fungsi pisahan skrin membolehkan dua paparan peta dibuat masa yang sama. Buat pertama kalinya, skrin ini boleh dioperasi menggunakan teknologi skrin sentuh menerusi MINI Tounch Controller pada konsol tengah. Beberapa ciri lain yang turut ditawarkan ialah MINI Connected, Ketersambungan Bluetooth, storan 20GB untuk muzik dan gegelung LED pada instrumen tengah.

Mini

Satu lagi fungsi baharu pada model-model MINI John Cooper Works ialah MINI Find Mate yang boleh membantu memantau apa sahaja yang dimahukan oleh pemandu. Ia hadir dengan dua tag Bluetooh yang boleh diletakkan pada beg atau kunci. Ciri ini membolehkan barangan yang telah ditag ini berada di dalam kenderaan atau tidak. Jika tidak, satu isyarat bunyi akan diberi dan lokasi barangan tersebut dihantar ke telefon pintar pemandu. Jika barangan tersebut berada dalam jarak yang jauh, kereta akan memberi navigasi kepada pemandu untuk pergi ke lokasi terakhir ia berada.

 

Dari segi hiburan, sistem bunyi Harman Kardon telah direka dan dipasang agar sesuai dengan ruang kabin kereta.

 

Ciri-ciri lain:

  • Parking Assist dengan kamera undur (ciri standard).
  • Pintu Belakang Automatik yang mudah dibuka.

 

Model-model baharu Mini John Cooper Works menampilkam pancaran Logo MINI Yours. Logo Mini akan dipancarkan ke tanah dari cermin sisi bahagian pemandu setiap kali kereta dikunci atau dibuka.

mini

Model-model baharu Mini John Cooper Works didatangkan dalam warna hijau dan hitam. Warna perak putih ditawarkan secara eksklusif untuk Mini John Cooper Works Clubman baharu. Manakala warna putih pula khas untuk Mini John Cooper Works Countryman baharu.

 

Bantuan Tepi Jalan MINI

Mini John Cooper Works Clubman dan Countryman didatangkan dengan program Bantuan Tepi Jalan oleh Mini Malaysia selama lima tahun. Sah untuk semua kenderaan Mini baharu, program itu hadir bersama senarai perkhidmatan yang komprehensif termasuklah Bantuan Telefon Kemalangan dan On the Spot Hotline, 24 Jam, 365 hari setahun, Servis Tunda Percuma, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti dan servis Penghantaran Pulang.

 

Model-model Mini John Cooper Works hadir dengan Jaminan Tanpa Had Perbatuan selama 4 tahun dan Servis Berjadual Percuma.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Han lagi, BMW Group Malaysia sudah membuktikan perkara ini melalui pengenalan ciri BMW…
Berita Domestik
Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, MINI Malaysia menganjurkan Siri Jelajah ‘The…
Berita Domestik
Mini Malaysia, kini telah memperkenalkan Mini Clubman Sterling Edition edisi terhad. Mini edisi…