Mini Clubman Sterling Edition, hanya 20 unit di Malaysia!

oleh DIANA ISMADI|

Mini Malaysia, kini telah memperkenalkan Mini Clubman Sterling Edition edisi terhad. Mini edisi terhad baharu ini hadir hanya sebanyak 20 unit sahaja di Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM268,888 (harga atas jalan tidak termasuk insuran) dengan jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun dan servis berjadual percuma.

 

Tempahan untuk Mini edisi khas ini hanya dibuka secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, di mana jualan pantas bakal dibuat. Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017.

 

Ketika memperkenalkan MINI Clubman Sterling Edition baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Mini Clubman ialah kereta yang mencetuskan lembaran sejarah baru buat Mini. Ia bukan sahaja merevolusikan jenama dengan membawakan tarikan Mini ke tahap lebih tinggi, malah memperkenalkan segmen sosial yang kreatif dan baru kepada kami. Hari ini, MINI Clubman Sterling Edition ialah versi moden terhad kereta yang paling ikonik di dunia”.

Jika anda berminat, anda perlu membuat tempahan pada masa yang tepat dengan mengisi borang di laman web www.mini.my/sterlingedition.
 

Reka bentuk premium

Mini Clubman Sterling Edition baharu menawarkan nilai estetik dan elegan. Salah satu ciri utama ialah warna badan perak (Melting Silver) dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan hitam (Matte Black Jack). Penampilan itu diserlahkan lagi dengan simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi bagi mengingatkan asal-usulnya dari Britain.

 

Rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci didatangkan dalam warna hitam.

 

Sama seperti sehelai jaket yang ditempah khas, garisnya dibiarkan dengan lebih jelas dan kontras berbanding warna jaket sebagai satu bentuk ekspresi karekter, kelas serta gaya pemiliknya. Konsep yang berani ini dinyatakan pada bahagian dalaman MINI Clubman Sterling Edition menerusi kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy).

 

Ruang kabin berwarna Pure Burgundy itu juga hadir dengan ciri iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna yang telah ditala ke bahagian kemasan, untuk disesuaikan dengan mood dan kecenderungan pemandu serta penumpangnya.

 

 

Sterengnya juga mewakili pertukangan terbaik British. Ia dibalut dengan kulit Nappa yang lembut dan disempurnakan lagi menerusi jahitan tangan berwarna aluminium. Di bahagian bawah stereng, terdapat lencana union jack yang menjadi signaturnya.

Teknologi premium

 

Fungsi Parking Assist memarkir Mini baharu ke dalam ruang parkir selari secara automatik. Fungsi kawalan jarak parkir mengukur ruang kosong di antara dua buah kereta ketika kereta dipandu.

 

Sebaik sahaja ruang parkir yang sesuai ditemui, MINI akan mengarahkan pemandu untuk berhenti. Kelajuan boleh dikawal melalui panduan yang dipaparkan pada skrin menggunakan stereng automatik.

 

Mengundur masuk atau keluar dari ruang yang sempit kini semakin mudah kerana Kamera Undur memberikan paparan jelas tentang apa yang ada di belakang pemandu. Ia juga memberi panduan kepada pemandu supaya memandu di laluan yang betul.

 

MINI Connected, bantuan mobiliti peribadi yang baru.

 

Antara muka infotaimen MINI Clubman Sterling Edition baharu memang cantik - dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dipasang pada bahagian tengah speedometer bersama grafik yang menghiasi bahagian sekelilingnya.

 

Infotaimen Mini Connected menampilkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam MINI. Antara muka Spotify yang intuitif ada pada skrin MINI, manakala semua fungsi kawalan mudah diakses menggunakan MINI controller yang kecil tetapi padat dengan pelbagai ciri.

 

Pemandu boleh memutar tombol kawalan untuk melihat menu, menolak ke bahagian sisi bagi meneroka antara muka tersebut dan tekan selepas item tertentu dipilih. Sebagai tambahan, maklumat standard seperti penggunaan bahan api semasa, jarak minyak sekarang dan lokasi terakhir boleh dilihat menerusi aplikasi telefon Mini Connected.

 

Navigasi ke destinasi baru atau yang kerap dikunjungi kini semakin mudah. Temu janji dan alamat yang disimpan di dalam kalendar pemilik juga boleh digunakan sebagai destinasi yang ditetapkan terlebih dahulu. Menerusi sistem baru dan lebih canggih, panduan jalan dipaparkan secara serta merta sebaik sahaja pemilik Mini menyambungkan iPhone mereka dengan kereta.

 

Bantuan Tepi Jalan MINI.

Mini Clubman Sterling Edition baharu turut dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun. Ditawarkan ke atas semua kereta baharu Mini, ia hadir dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif seperti talian On the Spot Hotline, Help on the Phone dan bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), Kenderaan Gantian, Tempat Tinggal, Penyelesaian Servis Mobiliti serta servis Penghantaran Pulang.

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Model dimaksudkan ialah sebuah coupe, Mustang Fastback 1968. Dinamakan sebagai Sweet Mustang…
Berita Domestik
"MINI Urbanite Edition sememangnya satu penyataan yang sempurna tentang aspek gaya, muda dan segar…
Model Terbaharu
Ditambah pula dengan kehadiran rim hitam jenis MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci, penampilan…