Minat untuk belajar tentang VW? Akademi Automotif VW Shah Alam tempatnya

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada 18 Ogos lalu telah melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi.

Akademi dengan keluasan lebih 14,117 kaki persegi itu terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam.

Fasiliti dan tenaga pengajar

Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap dengan kapasiti sehingga 150 orang pelatih setiap hari.

Pelatih akademi akan menjalani program-program intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi.

Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.

Bagi latihan selepas jualan pula, terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC).

 

Akademi Automotif Volkswagen Shah Alam

 

Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pengubah suai lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan.

Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.  

Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan.  

Bukan itu sahaja, Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serba guna dan enam bilik belajar.

Komitmen VPCM terhadap khidmat selepas jualan dan anak tempatan

 

Akademi Automotif Volkswagen Shah Alam

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa Akademi Automotif Volkswagen adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan para pengedarnya.  

“Akademi Automotif Volkswagen ditubuhkan dengan misi untuk menawarkan pendidikan berkualiti serta membangunkan tenaga kerja dengan standard global yang cemerlang dan mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru dalam industri automotif.

“Melalui Akademi ini, ia menjadi satu langkah penting buat VPCM untuk merealisasikan falsafahnya dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan nilai tambah kepada para pelanggan,” katanya lagi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

http://careta.my/article/minat-untuk-belajar-tentang-vw-akademi-automotif-vw-shah-alam-tempatnya

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…