Minat Ford Mustang? Kereta sport ini paling laris di dunia pada 2016

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Mustang
Ford Mustang
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diperhatikan dan dikaji, kereta sport atau berprestasi rata-ratanya gah pada nama dan bukan dari segi jualan. Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula dengan Ferrari, Lamborghini, Porsche atau Bugatti?

Hakikatnya ialah keempat-empat jenama tersebut dipayungi oleh syarikat induk mega seperti Fiat dan kumpulan Volkswagen.

Jika membuat keuntungan besar pun ia bukan dari model dua pintu tetapi SUV atau kereta penumpang. Ini boleh dilihat melalui banyaknya jumlah Porsche Panamera atau Cayenne berbanding 911 dan lebih menarik SUV itu bakal disaingi oleh Lamborghini Urus.

Lebih menarik lagi, walaupun dikeluarkan di Itali, Lamborghini sebenarnya berada kumpulan VW, sama seperti Porsche.

Ford Mustang

 

Berbalik kepada isu asal tadi, pengeluar menggunakan kereta sport atau berprestasi di atas beberapa sebab di antaranya ialah sebagai model kajian untuk teknologi masa depan, penyelidikan pasaran atau saja-saja mahu melatih tenaga kerja dalam syarikat.

Lebih popular ialah ia hanya untuk menaikkan nama atau keupayaan kejuruteraan syarikat. DDalam erti kata lain, untuk kerja-kerja pemasaran atau penjenamaan.

Contoh lebih klasik, Ferrari menjual kereta untuk bersaing dalam siri perlumbaan Formula 1.

Namun begitu, angka jualan tetap penting supaya sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit kos pengeluaran dan menjadi bonus apabila ia begitu laris di pasaran.

Ford Mustang

 

Ford Mustang adalah kereta legenda dan boleh dikatakan hampir kesemua peminat kereta di dunia mengenali model ini. Walaupun demikian, tahukah berapa jualan model popular itu dalam masa setahun?

Lebih 150,000 unit pada tahun 2016 mengikut data pendaftaran kenderaan baharu IHS Markit. Data itu dianalisa oleh Ford sebelum mendapat rumusan tersebut.

Jumlah itu sebenarnya telah menjadikan Mustang sebagai kereta sport paling laris di dunia. Ia tidak menghairankan kerana Ford konsisten dalam memelihara legasi Mustang di mana ia merupakan kereta sport paling laris di Amerika Syarikat (AS) sejak 50 tahun lalu.

Ford Mustang

 

Jualan global pada 2016 telah meningkat enam peratus berbanding 2015 dan ia menariknya ia disumbangkan oleh pasaran luar dari AS. Dan di bawah ialah fakta dan angka tentang kereta sport paling laris di muka bumi pada 2016.

  • Pertumbuhan jualan di pasaran luar AS mencatat peningkatan 101 peratus - Hampir 45,000 Mustang terjual di luar AS
  • Pada tahun pertama jualan Mustang di Eropah sebanyak 15,335 tempahan telah diterima
  • Mustang adalah kereta sport terlaris di Perancis, Sweden, Poland, Republik Czech, Hungary, Romania, Finland dan Greece
  • Di United Kingdom, lebih dari 4,500 unit Mustang telah terjual - 3,250 dijual pada 2016 dan menerajui carta jualan kereta sport yang berkuasa lebih dari 250PS
  • Dalam tempoh tiga bulan pertama 2017, sebanyak 3,600 unit Mustang terjual di Eropah
  • Peningkatan angka jualan juga disumbang oleh pengenalan model itu di pasaran ternama seperti Jerman dan China. Tidak terkecuali ialah pasaran kecil seperti New Caledonia, Gibraltar dan Bonaire.
  • Sejak dilancarkan di China pada 2015, Mustang ialah kereta sport paling laris dipasaran automotif terbesar dunia itu.
  • Mustang bukan sahaja popular di jalanan, malah turut terkenal di alam maya. Ia mempunyai lebih dari 8.4 juta gemaran (Likes) di Facebook

Ford Mustang di pasaran Eropah ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan enjin 5.0 liter V8 berkuasa 421 PS atau 2.3 liter EcoBoost berkuasa 317 PS. Ia boleh dipadankan dengan transmisi automatik atau enam kelajuan manual.

Baru-baru ini Ford UK telah memperkenalkan edisi terhad yang dikenali sebagai Ford Mustang Shadow Edition. Ia dipasarkan dalam versi 5.0 V8 enam kelajuan manual. Harganya pula ialah GBP 39,895 atau RM 221,717.26

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…