Microlino - jelmaan moden BMW Isetta dengan pacuan kuasa elektrik, 300 liter ruang kargo!

oleh Mohamad Hanif|
Isetta merupakan sebuah kereta mikro yang berasal daripada Itali dengan rekaan berbentuk telur yang unik (teringat kartun Yokies) dan juga bahagian dalaman serba minimalis yang mewarnai jalan raya Eropah sekitar tahun 50-an dan 60-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan enjin silinder tunggal, ia merupakan kereta produksi massa pertama (dihasilkan oleh BMW) di dunia pada tahun 1955 yang mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 3 liter/100 km dengan jumlah jualan yang tertinggi mencecah 161,728 unit terjual. 
 


Mengambil inspirasi daripada kejayaan Isetta sebagai sebuah kenderaan yang mudah dan murah, dua orang bersaudara dari Sweeden telah membangunkan sebuah model dua tempat duduk baharu setelah 56 tahun model asal Isetta dihentikan produksinya. 

Memperkenalkan Microlino, jelmaan Isetta di zaman moden dengan sistem pacu kuasa elektrik 20 kuasa kuda, namun masih mengekalkan ciri bukaan pintu pada bahagian hadapan. 
 


Oliver dan Merlin Ouboter, dua insan yang bertanggungjawab membangunkan kenderaan kecil ini telah merekodkan jumlah tempahan yang melebihi 7,200 unit dengan perancangan untuk melancarkan Microlino secara rasmi pada Disember ini. 

Syarikat Tazzari yang menerima 50% pegangan di dalam projek ini diberikan tugas untuk membina Microlino secara produksi massa dengan sasaran untuk menghasilkan 5,000 unit Microlino dalam masa setahun. 

Bagi mengekalkan kos pembangunan ke tahap yang minimum, syarikat Tazzari menggunakan komponen yang sedia seperti motor elektrik yang diambil daripada forklift manakala pemegang pintu pula diambil dari Fiat 500.
 


Microlino mampu bergerak sejauh 120 km dan kelajuan maksimum 88 km/j dengan tempoh masa pengecasan selama empat jam menggunakan slot punca kuasa normal. 

Memandangkan Microlino tidak menampilkan sebarang enjin pembakaran dalaman, ruang kargo telah dimaksimumkan kepada 300 liter manakala papan instrumen pula hanya menampilkan beberapa fungsi asas yang mencukupi untuk kegunaan seharian. 

Dengan dimensi panjang hanya sekitar 2.4 meter, ia mampu untuk diparkir di mana-mana sahaja dengan mudah dan sememangnya mampu untuk menggantikan tugas Perodua Kancil yang selama ini memperdaya para pemandu dengan kehadiran ruang parkir yang 'kosong'. 
 


Sebanyak 100 unit pertama Microlino bakal dilancarkan pada tahun ini dan untuk kereta yang bersaiz lebih kecil berbanding Perodua Kancil, ia bakal dijual dengan harga bermula dari $13,600 (RM56 ribu) sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Microlino turut membuka sebuah laman web khas (configurator) bagi membolehkan…