Michael Dunlop rangkul kejuaraan Isle of Man TT untuk kali ke-16!

oleh HEZERI SAMSURI|
Michael Dunlop kembali memenangi perlumbaan motosikal paling berani dan palking bahaya di dalam dunia, Isle of Man TT untuk kali ke-16.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau yang menunggang jentera Tyco-BMW S1000RR turut melakukan rekod dengan kelajuan malar tertinggi untuk perlumbaan tersebut - melebihi 209 kmsj.

Dunlop menguasai perlumbaan selepas Dean Harrison yang mendahului beliau terpaksa memberhentikan perlumbaan kerana Kawasaki ZX-10R rosak pada pusingan keempat.

Tempat kedua dimenangi oleh Connor Cummins dengan Padgetts Honda CBR1000RR dan James Hillier di tempat ketiga dengan mesin Quattro Plant JG Speedfit Kawasaki.

Minggu lalu, rakan sepasukan Dunlop, Dan Kneen meninggal dunia dalam sesi kelayakan setelah terbabit dengan kemalangan pada kelajuan tinggi.

Di bawah ialah senarai pemenang Isle of Man TT tahun 2018.

 

Isle of Man TT 2018 winners


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Insan pertama yang menerima penganugerahan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Takahashi…
Berita Global
Mungkin kerana terlalu laju, Porsche itu terbang dan berguling beberapa ratus kaki sebelum terhenti…
Sukan Bermotor
Kemalangan yang berlaku di seksyen Churchdown pada pusingan pertama sesi latihan. Kneen mati di…