Miami, medan ujian pertama kereta penghantar pizza autonomi cetusan idea Ford?

oleh Afandi Che Muhamad|
Keluar daripada kepompong penawaran kenderaan kebiasaan, Ford baru-baru ini mendedahkan fokus utama syarikat berkenaan kini terarah kepada program perintis perkhidmatan penghantaran pizza autonomi (kereta pandu sendiri) yang bakal dilancarkan empat tahun dari sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan USA Today, New York Post, Fox News dan Reuters kelmarin, Miami akan menjadi hab tunggal bagi perkhidmatan 'luar kotak' Ford itu menjelang tahun 2021 nanti.

Naib Presiden Bahagian Operasi Kenderaan Elektrik dan Autonomi Ford, Sherif Marakby (gambar) berkata, pendekatan (pengenalan program) itu diputuskan pihaknya usai sesi ujian tertutup selama hampir setengah jam di Ann Arbor, Michigan penghujung tahun lalu.

"Program ini akan dijalankan dengan kerjasama daripada rakan strategik kami iaitu Domino's.

"Tidak hanya tertumpu kepada Domino's Pizza, kita akan mempelbagaikan tawaran servis kurier untuk barangan lain menerusi Postmates," ujarnya.

Menurut Sherif, pihaknya sebulat suara untuk menggunakan sedan Fusion dengan fitur Argo AI sebagai permulaan bagi urusan penghantaran pizza dan barangan lain kepada pelanggan.

Jelas Sherif lagi, Ford telah mengikat perjanjian usahasama dengan Postmates Januari lalu dan syarikat berkenaan baru sahaja memulakan operasi awal bulan ini.

Selain Postmates dan Domino's, Sherif memberitahu Lyft (syarikat e-hailing) juga bakal mengikut jejak langkah yang lain untuk berkolaborasi bersama Ford.

Tambah Sherif, pihaknya optimis pendekatan baharu berkenaan berupaya memaksimumkan potensi keuntungan Ford dalam jangka masa panjang.

Terdahulu, Ford bukan lah syarikat pertama yang hadir dengan inisiatif seumpama itu.

General Motors Co. juga dikhabarkan bakal tampil dengan perkhidmatan autonomi dalam tahun ini juga.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…