Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin bersesaran 246.9 cc silinder tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 22.8 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 22.5 Nm @ 6,000 rpm.
Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik, sementara bahagian belakang pula membawakan tetapan suspensi berkembar.
WMOTO RT2 juga turut dilengkapi dengan sistem brek cakera yang dibantu dengan sistem brek anti-kunci (ABS).
Skuter gaya kembara itu membawakan ciri seperti cermin penghadang boleh laras, kamera perakam tunggangan (depan dan belakang), sistem kunci pintar, Alarm Key Findings, butang fungsi bercahaya biru serta sistem pencahayaan LED penuh.
Terdapat juga slot pengecasan USB yang terdapat pada ruang simpanan hadapan dan ruang simpanan bawah pelana.
Segala info penting boleh dibaca menerusi skrin paparan jenis TFT, di mana ia turut menawarkan akses kepada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) untuk roda depan dan belakang.
Terdapat tiga warna pilihan iaitu Metallic Gold, Pure White dan Majectic Black. Harga jualan pula bermula dari RM16,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.