Mesin rumput paling mewah dalam dunia hasil sentuhan Mansory!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Mansory seperti mana yang kita ketahui merupakan antara jenama yang gemar menjadikan kereta-kereta mewah lain daripada yang lain, selain menawarkan portfolio seperti cermin mata, topi, dan bermacam-macam lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, baru-baru ini katalog Mansory menerima satu produk baharu, mesin pemotong rumput!

Ia bukanlah mesin pemotong rumput sebarangan, akan tetapi Mansory mengambil inspirasi daripada model kasut paling popular di luar sana: Air Jordan XI.

 


Dihasilkan dengan kerjasama pembuat pakaian sukan premium Jerman BSTN, mesin ini dinamakan sebagai Mansory X BSTN GT XI yang menampilkan panel badan gentian karbon buatan tangan, bar logam di hadapan, penjenamaan BSTN pada tayar serta logo Air Jordan pada tempat duduk dan bahagian sisi.

Rekaan mesin pemotong rumput ini diakhiri dengan pemasangan sayap belakang, tempat duduk perlumbaan kustom, serta skup udara di bahagian hadapan.

 


Sayang sekali, ini merupakan model one-off yang mungkin sekali dikomisyenkan oleh salah seorang daripada pelanggan Mansory, dan tidak terpapar di dalam laman web rasmi Mansory untuk dijual.

Namun, jika anda ingin sebuah mesin pemotong rumput yang mewah, Mansory mungkin sekali sedang menunggu panggilan daripada anda.