Mesin kopi mudah alih Handpresso - mesin wajib untuk penggemar kopi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap pagi, secawan kopi o panas antara hidangan wajib sebagai pembuka hari sebelum kita melangkah ke tempat kerja. 

Dek kerana kesibukan, tidak ramai yang mempunyai masa untuk menunggu tempahan set sarapan (seperti di francais fast food), kerana masing-masing tidak sempat menyediakan sarapan di rumah.

Apatah lagi bagi mereka yang terpaksa menempuh kesesakan trafik tiap-tiap pagi. 

Jika anda memandu setiap hari dan tidak kisah untuk menghirup secangkir kopi ketika dalam perjalanan, terdapat mesin kopi Handpresso dijual sebagai aksesori tambahan oleh jenama Sepanyol, Seat. 

Mesin kopi mudah alih ini mampu untuk menyediakan 50 mililiter espresso panas dalam masa kurang daripada tiga minit, terima kasih kepada sambungan kepada slot kuasa 12 volt. 
 


Seat sebenarnya berpandangan jauh apabila memperkenalkan mesin kopi mudah alih ini.

Menurut Seat, dengan kos tahunan sebanyak £405 (RM2,163 atau kira-kira RM180 per bulan atau RM6 per hari), mesin espresso mini ini mampu menjimatkan kos sehingga £1,800 (RM9,613) kos pembelian kopi anda. 

Ia juga mampu menjimatkan sehingga 1 setengah jam masa menunggu untuk mendapatkan minuman di kedai kopi, dan dengan adanya dua buah gelas tersedia di dalam setiap pembelian, ia akan mengurangkan lagi kadar pembuangan sampah, sekaligus membantu alam sekitar yang lebih hijau.

Setiap set Handpresso datang dengan 15 buah kapsul kopi, dua buah gelas espresso dan beg yang boleh membawa mesin kopi ini ke mana-mana sahaja selain mampu membawa alatan sampingan seperti gula, sudu dan kain napkin. 
 


Menariknya, apabila tidak digunakan, set mesin kopi ini boleh disimpan di dalam glove box. 

Mesin kopi ini dijual dengan harga jualan bermula dari £185 (RM988) dan hadir dengan jaminan daripada pengeluar selama 12 bulan. 

Untuk penggemar kopi, ini adalah satu benda wajib yang perlu ada di dalam kereta anda.

Pihak Handpresso turut menyediakan khidmat penghantaran kepada 120 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia dan boleh ditempah menerusi laman web di bawah:

Beli: Handpresso

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Bonus khas bagi mereka yang mencintai jenama Porsche, anda boleh mendapatkan sebuah lagi mesin…
Berita Global
Dan sebagai seorang yang mula meminati jenama Porsche, penulis agak tertarik dengan sebuah mesin…