Mercedes-Maybach 6 Cabriolet mengembalikan era kemewahan 1930an

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bukan kereta dari fantasi buatan Hollywood tetapi ia adalah rekaan terbaharu dari Mercedes-Maybach iaitu Mercedes-Maybach 6 Cabriolet.

MM6C1

 

Dipamerkan di California, model terbaharu dari bahagian jenama termewah Mercedes ini melambangkan tahap fesyen terkini untuk mereka yang berada. 

 

MM6C2

MM6C3

Dengan warna biru laut metallic dan bentuknya yang bercerun landai, rekaan 6 Cabriolet ini dikatakan mendapat inspirasi dari sut berjalur nipis yang biasa dipakai oleh orang-orang kaya dan terkenal pada zaman 1930an di Amerika. 

MM6C4

MM6C5

Rupabentuknya juga mengikut rupa kereta mewah era 1930an, dengan bonet yang panjang, cermin depan yang kecil dan rim berukuran 24-inci. 

 

Bahagian belakangnya pula mengambil insiprasi bentuk hujung belakang kapal persiar mewah yang juga menjadi kegemaran orang-orang kaya dan terkenal era 1930an. 

 

MM6C6

MM6C7

Ciri-ciri kemewahan kereta ini mudah kelihatan, lebih lagi pada kain penutup bumbungnya yang diperbuat khusus dengan alunan jahitan bertatahkan benang emas merah. 

MM6C8

 

Ruang dalamnya menyambung tema kemewahan era dahulu dengan hiasan tempat duduk kulit jenis nappa, kemasan emas merah, permukaan lantai dari bahan kayu dan aluminium.

 

MM6C9

 

Papan pemukanya yang unik memaparkan instrumen penunjuk kelajuan ala retro, lubang udara sejuk yang terapung dan terowong tengah yang lutsinar, yang dinyala dengan lampu dari komponen fiber optik berwarna biru.

 

Walaupun penampilan agak retro, namun tahap alat-alat fungsi teknologi yang terdapat pada 6 Cabriolet ini adalah yang terkini.

 

Terdapat dua paparan “head-up display” dan juga paparan jalur pada papan pemuka. Terdapat juga sensor-sensor biometric yang memberi maklumat tentang keadaan penumpang dan fungsi pembantu rencam yang membolehkan pengguna bercakap secara langsung seolah-olah ia seorang manusia. 

 

MM6C10

 

Kereta ini dijana oleh empat motor elektrik yang menghasilkan kuasa 50 PS (550 kW). Ini membolehkan kereta berpacuan empat roda ini memecut dari 0-100 km/h dalam masa kurang dari empat saat dan terus ke kelajuan maksimum 250 km/h.

 

MM6C11

 

Motor-motor elektrik ini pula dijanakan oleh bateri yang dipasang dibawah lantai, yang membolehkan kereta ini mencapai jarak perjalanan sehingga 500 km. Bateri ini boleh di cas semula secara cepat untuk memberikan jarak 100 km dalam hanya lima minit. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata…
Berita Domestik
Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…