Mercedes kantoi belasah kereta sewa Tesla model X

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memeriksa, mengkaji dan menguji produk pesaing ialah sesuatu yang normal dalam pelbagai industri, termasuk automotif.

Malah setiap pembuat kenderaan akan mempunyai sebuah jabatan kejuruteraan yang akan “membuka” dan merungkai sebuah kenderaan baharu, untuk melihat apa yang telah dilakukan dan paling penting, bagaimana ia dilakukan.

Aktiviti ‘tear down” ini turut dilakukan oleh syarikat kenderaan nasional kita dan kadang-kala, gambar-gambar kenderaan lain di premis mereka muncul, dan ada yang menganggap syarikat itu akan melakukan operasi “rebadge”, walhal ia lebih kepada kajian produk.

Mercedes-Benz sudah mengumumkan mereka akan melancarkan kenderaan SUV elektrik mereka kelak dan tentunya mereka akan mengkaji produk seteru mereka, dan dalam kes ini, pastinya ia adalah Tesla Model X.

Namun begitu, mereka tidak membeli Tesla itu tetapi menyewa satu unit dari gergasi kereta sewa Jerman, Sixt.

Menurut laporan dari laman web Quartz Media yang memetik laporan Spiegel dari Jerman, Sixt tahu bahawa kenderaan itu diuji dan dileraikan melalui sekeping nota di dalam glovebox Tesla itu.

Data dan informasi dari nota itu menunjukan Tesla Model X itu di pandu di atas litar pandu uji Mercedes Benz, kemudian dipandu terus ke Barcelona, dan ujian gegaran dan haba dilakukan termasuk aktiviti membuka dan memasang kembali kenderaan itu sebelum dipulangkan dalam keadaan tidak begitu baik kepada Sixt.

Sixt berkata Mercedes-Benz telah melanggar kontrak sewa kenderaan dan ia perlu membayar sebanyak RM72,000.

Sebelum ini, Mercedes-Benz pernah ditangkap menyewa van elektrik milik Deutsche Post DHL (gambar bawah) untuk tujuan yang sama juga.

Careta yakin Mercedes-Benz bukan seorang di dalam hal ini. Kadang kala, mereka terpaksa menyewa kenderaan itu kerana tidak dapat membeli kenderaan itu kerana kekurangan stok atau ia tidak dijual kepada orang umum.

 

e-van