Mercedes dan BMW mungkin bergabung untuk hasil komponen penting

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Nampaknya dua seteru dari Jerman akan akur dengan keadaan automotif global yang perlukan tindakan lebih bijak dalam memastikan kos lebih efektif.

Menurut satu laporan dari Bloomberg, Daimler AG dan BMW AG sedang memikirkan bagaimana jika kedua syarikat premium itu menghasilkan komponen-komponen utama kenderaan di masa akan datang.

Antara komponen itu ialah platform kenderaan, bateri dan teknologi kenderaan autonomi.

Kolaborasi itu dihadkan kepada teknologi-teknologi yang tidak spesifik kepada jenama kedua-dua syarikat tersebut.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Volkswagen sendiri sudah diketahui sedang berbincang dengan Ford untuk menghasilkan kenderaan-kenderaan autonomi dan van komersil.

Malah Proton sendiri terpaksa dijual kepada Geely kerana situasi kewangan yang meruncing mengakibatkan syarikat itu tidak mampu untuk menghasilkan teknologi baharu.

Kadar keuntungan Daimler dan BMW juga sudah menurun dan keduanya terpaksa menghabiskan berbillion RM untuk menghasilkan model-model EV baharu di masa terdekat ini (10 dari Daimler dan 12 dari BMW).

Buat masa sekarang, BMW sudahpun bekerjasama dengan Toyota dalam menghasilkan Z4 dan Supra serta bersama-sama mengkaji kenderaan hidrogen.

Daimler pula sudah mempunyai hubungan rapat dengan Renault dan Nissan, termasuk perkongsian enjin dan pengeluaran kenderaan.

Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class sendiri dibina menggunakan trak pikap Nissan Navara.

Kemungkinan besar di masa hadapan, hanya akan tinggal beberapa syarikat automotif sahaja yang beroperasi.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
BMW R1300 GS Model R1300 GS yang sudah seminggu dipertontonkan hadir dengan harga bermula dari…
Pelancaran
Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga…
Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…