Mercedes-Benz X-Class Camper - berkelana di muka bumi dengan mewah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda ingin lari daripada kebiasaan mengubah casis lori/van/bas terpakai menjadi sebuah campervan, mencari kenderaan mewah yang serba praktikal dengan keupayaan off-road sebenar, Matzker, syarikat camper dari Jerman ini ada jawapannya. 

Memperkenalkan, Mercedes-Benz X-Class Camper. 

Trak pikap mewah ini dipasangkan dengan unit camper di bahagian belakang, membuang imej asal X-Class kepada sebuah campervan yang cukup gagah, dilengkapi dengan rak bumbung, serta bumbung pop-up terbina. 
 


Sebelum kerja-kerja pemasangan badan di belakang dilakukan, sistem gantungan X-Class ini telah dinaiktaraf bagi menampung beban tambahan, selain memberikan keupayaan meredah off-road dengan lebih baik. 

Untuk memudahkan urusan keluar masuk, Matzker telah menambah ciri bukaan pintu jenis gull-wing, selain bertindak sebagai pelindung mini daripada panahan sinaran mentari yang boleh ditambah keluasannya menggunakan bumbung awning boleh lipat. 
 

 


Memasuki ruang kabin dalaman pula, unit camper ini turut dilengkapi dengan dapur, peti sejuk, sinki, rak penyimpanan barang, serta ruang kerja yang yang diperbuat daripada bahan granit. 

Untuk mengakses ruang tidur ketika masuk waktu rehat, anda hanya perlu membuka bumbung pop-up pada bahagian atas, atau memilih untuk tidur di ruang rehat di bahagian bawah. 

 

 

Secara kasarnya, konfigurasi katil yang disediakan ini mampu memuatkan empat orang dewasa tidur dengan selesa.

Menurut Matzker, kos pembikinan camper-pickup ini bermula dari €89,900 (RM416 ribu) termasuk kos asas trak pikap X-Class.
 


Manakala jika anda berminat untuk menambah panel solar, ruang simpanan tayar tambahan, sistem pemanas air dan tangki diesel yang lebih besar, kos keseluruhan mencecah €180,000 (RM834 ribu). 

Dengan kos kurang daripada RM1 juta (tidak termasuk kos penghantaran ke Malaysia), anda boleh memiliki 
sebuah camper-pickup yang serba mewah, dan boleh dibawa ke mana sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…