Mercedes-Benz X-Class - Bukan sekadar adaptasi dari Nissan Navara

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes Benz X-Class - Bukan sekadar adaptasi dari Nissan Navara
Mercedes Benz X-Class - Bukan sekadar adaptasi dari Nissan Navara
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 18 Julai lalu di Cape Town, Afrika Selatan, Mercedes-Benz telah melancarkan pikap X-Class yang dikatakan pertama seumpamanya dari sebuah jenama premium. Susulan itu, respon dari netizen bercampur-campur dan jika diperhatikan salah satu isu yang dibangkitkan ialah X-Class diadaptasi dari Nissan Navara.

Suatu yang kelihatan janggal untuk sebuah jenama premium dengan sejarah lebih dari seratus tahun menghasilkan kenderaan serta nilai kekayaan besar.

Mercedes-Benz melihat pasaran pikap sederhana sebagai satu segmen baharu untuk diteroka di sesetengah pasaran global.

 

 

Satu lagi pemerhatian kenapa X-Class menjadi perdebatan hangat ialah pikap sudah menjadi kebiasaan buat pasaran ASEAN, tidak menghairankan kerana Thailand merupakan hab pengeluaran dunia dan boleh dikatakan ia agak kompetetitif di rantau sebelah sini dengan pelbagai varian dan gayaan.

Jadinya orang kita mempunyai standard dan tanggapan tertentu untuk sebuah pikap, apatah lagi dari jenama premium. Namun, di sesetengah pasaran, walaupun Mercedes-Benz diposisikan sebagai pengeluar kenderaan premium terdapat ruang dan kedudukan tradisional di mana ia tampil sederhana. 

Misalnya di Jepun, ada model yang hadir tanpa kerusi balutan kulit dan di Eropah, Mercedes-Benz turut mengeluarkan kenderaan komersil ringan (LCV) seperti Citan yang diadaptasi dari Renault Kangoo.

Berikut pula ialah ringkasan fakta mengenai Mercedes-Benz X-Class:

Rekabentuk

 

  • Walaupun sama tetapi berbeza dengan Nissan Navara. Permukaan, garis badan dan gayaan dibentuk semula mengikut definisi Mercedes-Benz
  • Ia lebih panjang, lebar, rendah termasuk kelegaan bumi lebih singkat berbanding Navara
  • Pikap gayaan ASEAN lebih dramatik dengan garisan badan ekspresif
  • Walaupun gayaan Mercedes-Benz dikenali sebagai sensual purity nampaknya ia kekal pada bahagian depan. Tepi dan belakang X-Class ini tampil sederhana dan bersahaja

Produksi dan kerjasama

  • Bakal dipasarkan bermula November 2017 dan diikuti Afrika Selatan, Australia, New Zealand pada awal 2018 
  • Argentina dan Brazil pula pada awal 2019. Tiada berita mengenai pasaran Asia mahupun Amerika Syarikat
  • Produksi untuk pasaran Eropah, Australia dan Afrika Selatan akan bermula pada tahun ini di kilang Nissan di Barcelona, Sepanyol
  • Produksi untuk pasaran Amerika Latin pula akan dibuat di kilang Renault di Cordoba, Argentina bermula 2019
  • Sama seperti M-Class yang dikeluarkan pada 1997, X-Class akan membuka segmen pelanggan baharu buat Mercedes-Benz
  • Kerjasama Daimler AG dan pakatan Renault-Nissan - Projek ini sebenarnya kerjasama di antara dua gergasi automotif dunia iaitu Daimler AG dan Renault-Nissan berbanding Nissan dengan Mercedes-Benz
  • Ia juga projek kenderaan komersil (LCV) Mercedes-Benz berbanding kereta penumpang jenama premium tersebut
  • Lebih tepat, X-Class merupakan stratergi Mercedes-Benz Vans goes global. Beberapa model dalam divisyen kumpulan Daimler ialah Vito dan V-Class. Daimler AG melabur ratusan juta euro untuk projek pikap ini. Juga Mercedes-Benz Citan diadaptasi dari Renault Kangoo.
  • Nissan adalah pengeluar pikap bersaiz sederhana (berat satu tan) kedua terbesar di dunia
  • Nissan juga mempunyai pengalaman lebih dari 80 tahun menghasilkan serta memasarkan kenderaan jenis ini

Varian

 

 

  • Tiga varian iaitu PURE, PROGRESSIVE dan POWER
  • Pure untuk mereka yang mahukan pikap asas
  • Progressive untuk mereka yang mahukan lebih keselesaan dan kualiti
  • Power pula untuk pelanggan yang mahukan gaya hidup urban

Enjin

  • 2.3 Diesel X 220 d (163 hp)
  • 2.3 Diesel X 250 d (190 hp)
  • Petrol (165 hp) untuk pasaran terpilih
  • V6 diesel (258 hp) - Pertengahan 2018

Transmisi dan pacuan

  • Enam kelajuan manual
  • Tujuh kelajuan klac berkembar
  • 7G Tronic automatik
  • Pacuan roda belakang (2WD)
  • 4MATIC all-wheel drive
  • Permanent all-wheel drive - Pertengahan 2018

Casis, pemanduan dan pengendalian

  • Sistem suspensi telah ditala mengikut standard keselesaan Mercedes-Benz
  • Di antaranya gandar belakang dan suspensi wishbone depan lebih lebar
  • Kadar kekenyalan dan mendapan sring (spring rates and damper) dilaras mengikut karakter keselesaan Mercedes-Benz
  • Kerangka ladder sama seperti Navara tetapi diperkukuhkan untuk menerima tambahan kuasa enjin V6. Varian lain turut menerima perubahan sama

Keselamatan

  • Active Brake Assist, Lane Keeping Assist dan Traffic Sign Assist - teknologi sama seperti kereta penumpang Mercedes-Benz

Teknologi pintar

  • Pikap pertama dengan teknologi sambungan pintar - Mempunyai fungsi Mercedes me connect di mana pemilik boleh berhubung dengan kenderaan mereka melalui telefon pintar pada setiap masa. Mampu untuk memeriksa lokasi atau tahap minyak serta sistem navigasi

 

 

Aksesori rasmi

  • Di pasaran ASEAN, aksesori pikap memang meriah. Untuk X-Class, pelbagai aksesori rasmi disediakan seperti bar sisi, kanopi dan kit off-road yang dibangunkan dan direkabentuk oleh Mercedes

Harga

  • Di Jerman, harga X-Class bermula dari Euro 37,294 (termasuk 19 peratus VAT) bersamaan RM 186,454.81
  • Harga berbeza mengikut pasaran lain berdasarkan kadar cukai

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…