Mercedes-Benz X-Class 6 Wheeler sebenarnya wujud!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Mercedes-AMG G 63 6x6 (dan Brabus G700 6x6), Mercedes tidak lagi menghasilkan kenderaan enam roda, termasuklah untuk model trak pikap saiz sederhana X-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda boleh mendapatkan satu-satunya contoh trak pikap 6x6 untuk diletakkan di dalam garaj, akan tetapi unit tersebut kini menetap di Netherlands.

Mercedes-Benz X-Class 6-Wheelers ini merupakan projek one-off yang dilakukan pada tahun 2020 oleh Carlex Design, di mana ia bermula sebagai sebuah X-Class standard sebelum dipasang gandar tambahan di bahagian belakang.

 


Untuk menampung penambahan gandar tersebut, pihak Carlex Design telah memasang subrangka kustom di bahagian belakang, dan sistem suspensi telah ditinggikan sebanyak 100 mm bagi memuatkan rim serta roda off-road yang serba besar.

Arca roda juga turut dilebarkan supaya rekaan keseluruhan trak pikap ini nampak seimbang.

 


Ia kemudian diakhiri dengan layangan warna brown metallic, sebelum dipasang bampar krom depan dan belakang, tempat pemijak sisi, sports bar jenis tiub, dan pemasangan alas keluli bercorak berlian pada ruang kargo.

Disebalik modifikasi di bahagian luar, ruang kabin trak pikap enam roda ini masih lagi kekal standard seperti keadaan keluar kilang.

Trenkuasa juga masih kekal sama, iaitu enjin V6 diesel turbo 3.0 liter yang menghasilkan 255 kuasa kuda dan 550 Nm yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan.

 


Jika anda masih mahukan sebuah 6x6 yang sah (dan dengan duit yang tak habis makan) di sini, boleh mencuba nasib untuk mencari mana-mana iklan Brabus G700 yang dibawa masuk oleh Naza World beberapa tahun yang lalu.

Sebagai makluman, hanya 15 unit sahaja Brabus G700 6x6 yang dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kanan, bermakna anda boleh memandu kenderaan tersebut dengan mudah untuk jalan raya Malaysia.

 

Sumber: Classic Youngtimers

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua Nissan dan Renault mengadakan pertukaran pegangan…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Mercedes-Benz menggunakan platform Nissan Navara bagi membangunkan…
Berita Global
Dilancarkan pada tahun 2017, Mercedes-Benz X-Class menggunakan platform Nissan Navara bagi…