Mercedes-Benz V-Class dengan kit badan TopCars - cubaan melawan Ford Transit MS-RT

oleh Mohamad Hanif|
Inginkan sebuah kenderaan komuter yang sporty tanpa imej bas kilang/van kilang yang sering kali mengganggu fikiran anda?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TopCars dari Rusia ada jawapannya. 
 


Menampilkan rekaan warna dua tona, rekaan bumper dan gril yang serba baharu, spoiler, lampu LED, diffuser belakang serta empat buah tip ekzos gentian karbon, senarai tersebut dilihat cukup untuk mengubah suai van anda kepada sebuah people mover yang sporty dan agresif.  

Bodykit yang direka khas untuk Mercedes-Benz V-Class ini bakal dijual di dalam dua versi; pakej tanpa karbon fiber bakal dijual pada harga €12,090 (RM56,000++) manakala versi karbon fiber pula dijual pada harga €16,750 (RM78,708++). 
 


Pakej tersebut termasuklah penawaran skirt sisi, fender, pelekat badan, lencana kustom serta rim serba baharu. 

Ingin melawan Ford Transit MS-RT mungkin?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang van kedua terbesar di dunia itu menempatkan pusat pemasangan model-model seperti Vito, V-…
Berita Global
Van penumpang ini dilancarkan awal sebelum membuat kemunculan rasmi pada acara Frankurt Motor Show…
Pelancaran
Selain daripada memberikan fokus kepada model-model sedan dan SUV mewah berprestasi tinggi,…