Mercedes-Benz Malaysia (MBM) kini telah mengumumkan bahawa mereka telah melabur lebih RM1 billion di Malaysia yang melibatkan pengeluaran kenderaan, penjualan, pemasaran dan latihan berterusan kepada 1,400 orang kakitangan di pusat pemasangan tempatan MBM di Pekan, Pahang.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner, MBM telah berjaya menjual sebanyak 8,771 kereta kepada pelanggan bagi suku ketiga tahun ini.
Sepanjang tahun 2017, MBM turut menunjukkan peningkatan dengan memperkenalkan 13 model baharu dalam pasaran. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017, MBM telah menghasilkan sebanyak 6,580 buah kenderaan dan menyelenggara 94,569 sejak 14 tahun lalu.
Secara keseluruhannya, MBM telah menunjukkan prestasi yang baik dan konsisten dengan memperkenalkan 13 model baharu serta menaik taraf lapan pusat jualan dan pengedaran di seluruh negara.
“MBM yakin, pertumbuhan potensi dalam pasaran automotif di Malaysia akan membuatkan kami terus melabur secara besar-besaran” kata Claus.
Berikut merupakan ringkasan pencapaian MBM pada suku ketiga 2017;
- 6,580 unit- kenderaan telah dihasilkan
- 8,771 unit- kenderaan telah dijual
- 1,220 unit -kereta kompak telah dijual
- 5,238 unit -kereta “limousine” telah dijual
- 1,895 unit -SUV telah dijual
- 406 unit- “Dream Cars” telah dijual
MBM juga fokus kepada perkembangan segmen hibrid dan elektrik dengan mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan stesen mengecas kenderaan elektrik di Bangsar Shopping Centre (BSC).
“Pelaburan sebanyak RM 1 billion yang telah kami lakukan merupakan tanda keyakinan kami terhadap pasaran di Malaysia serta komitmen kami kepada pelanggan. MBM akan terus meningkatkan usaha dalam memberikan yang terbaik demi kepuasan pelanggan kami” kata Claus.