Mercedes-Benz Services Malaysia lancar pakej AgilityPlus - pilihan pembiayaan automotif tiada had

oleh Mohamad Hanif|
Pelopor pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Services Malaysia), baru-baru ini memperkenalkan AgilityPlus.

Penyelesaian serba lengkap terkini itu memberi pelanggan lebih kebebasan bagi menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka yang dihargai dengan cara terbaik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mike Ponnaz, Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, "AgilityPlus disediakan khas untuk individu yang inginkan nilai, manfaat tiada tandingan dan juga ketenangan fikiran.”

“Kami bertekad untuk menyokong gaya hidup pelanggan kami dengan menjangkaui sempadan pembiayaan konvensional, di samping meningkatkan usaha memahami pelanggan terlebih dahulu dan menentukan keperluan mereka,"  tambah beliau. 

 


Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka.

Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah, dan memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai yang menarik.

Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus).

Kontrak servis dari Mercedes-Benz memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa memandu, tanpa perlu bimbang tentang sebarang kerja pembaikan dan kos yang tidak diduga.

 


Dengan menawarkan penyelesaian tersendiri, AgilityPlus menghimpunkan beberapa penyelesaian penting setempat untuk meningkatkan kesenangan, manfaat nilai tambah, serta menjadikan pengalaman pelanggan bersama jenama menjadi semakin menarik.

Tambahan lagi, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan kerana dilindungi daripada perubahan harga pasaran yang turun naik menerusi Nilai Masa Depan Terjamin dan Pakej Servis Mercedes-Benz.
 
Pelanggan juga bebas memilih tempoh setiap pakej pembiayaan dan insurans bermula dari satu hingga lima tahun bagi Agility Financing, RTI dan Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact), manakala tempoh bagi Insurans Motor Komprehensif serta Tayar dan Rim ialah satu tahun (atas dasar pembaharuan).

Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact Plus) adalah tambahan sekali sehaja.

 

 
Sebagai contoh, pelanggan yang membuat keputusan untuk membiayai Mercedes-Benz GLC200 dengan pilihan Drive360+ selama lima tahun (20,000km setahun), RTI 5 tahun, Insurans Motor Komprehensif setahun (Compact Plus) serta Tayar dan Rim hanya perlu membayar sebanyak RM 4,754 sebulan.

Baru-baru ini, MBSM telah memperkenalkan Kempen EQ Agility Care, yang berlangsung sehingga 30 Jun 2018, sebagai pelengkap bagi produk EQ Power yang baru dilancarkan.

Pelanggan Kempen EQ Agility Care yang juga layak untuk menambah pakej penyelesaian AgilityPlus, akan menerima penyelenggaraan dan servis kenderaan berjadual serta EQ Power pengecas wallbox dengan EQ Power C350 e atau E350 e bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun.
 
Menerusi AgilityPlus, MBSM turut memperkenalkan kempen Performance Agility Care yang berlangsung dari 25 April hingga 30 Jun dengan menawarkan pembiayaan Agility bagi semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun, yang dilengkapi pakej servis dan barangan AMG ekslusif.
 

 
Untuk maklumat lanjut mengenai AgilityPlus, sila layari www.mercedes-benz.com.my/AgilityPlus, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan pembiayaan dan insurans Mercedes-Benz Services Malaysia di 1-800-88-1133, atau kunjungi mana-mana wakil penjual sah Mercedes-Benz.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…