Mercedes-Benz S 400 h AMG Line: S-Class untuk bos-bos lasak

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model terbaik dari Mercedes-Benz Malaysia, S-Class, sekarang boleh didapati dengan hiasan eksklusif AMG Line. 

 

Varian terbaharu ini diberi nama S 400 h AMG Line, iaitu sebuah S-Class yang sesuai untuk bos-bos yang inginkan sebuah limousin yang mewah berteknologi tinggi tetapi dengan penampilan premium lasak AMG. 

 

SAMGL1

 

Jika S-Class biasa sudahpun mempunyai penampilan mewah sebagai sebuah sedan empat pintu bersaiz besar, hiasan AMG pada varian S-Class membawa tahap kemewahan itu pada aras luarbiasa dan amat menarik perhatian.

 

Penampilan lasak luaran S 400 h AMG Line terdiri dari set bodykit AMG dan rim aloi ringan 19-inci jejari kembar AMG, yang kemas memenuhi ruang tayar. Juga terdapat piring brek berlubang yang lebih berprestasi dari brek biasa serta lubang ekzos berkembar yang melengkapkan penampilan lasak varian S-Class ini.

 

SAMGL2

 

Hiasan ruang penumpang S-Class memang menjadi ukuran semua kereta mewah tetapi pada varian AMG Line ini, ia mempunyai tambahan hiasan AMG ia menjadikan ruang dalam lebih kelihatan istimewa. 

 

Ia terdiri dari roda stereng tiga jejari pelbagai fungsi dan juga pedal pemijak sport AMG yang dibuat khas. Anda juga akan tertarik dengan ciri hiasan eksklusif yang menampilkan kraftangan jahitan kulit pada kerusi, papan pemuka dan pintu serta trim kayu poplar berkilat.

 

SAMGL4

 

Bukan setakat itu, varian S 400 h AMG Line ini juga disertakan dengan fungsi Night View Assist Plus, iaitu fungsi bantuan elektronik yang membolehkan objek-objek jauh yang tidak jelas kelihatan dengan mata kasar pada waktu malam dipaparkan pada skrin pemandu dengan jelas apabila dikesan oleh kamera haba. 

 

Ciri-ciri lain S 400 h AMG Line ini serupa dengan S-Class lain, iaitu ia menggunakan enjin 3.5 liter V6 CGI yang menjana 306 hp pada 6,500 rpm dan juga 370 Nm tenaga tork dari 3,500 hingga 5,250 rpm. Kuasa kuda dari enjin disokong oleh motor elektrik yang menjana 27 hp dan 250 Nm, kedua-dua dihubung pada kotak gear automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic.

 

SAMGL5

 

Seperti S-Class lain, varian AMG Line ini juga dilengkapkan dengan semua ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif terbaik dari Mercedes seperti Distronic Plus dengan Steering Assist dan Stop&Go Pilot, Brake Assist dengan Cross-Traffic Assist, Pre-Safe Brake dengan pengesan pejalan kaki, Active Lane Keeping Assist dan Active Blind Spot Assist.

 

SAMGL6

 

Mercedes-Benz S 400 h AMG Line dijual dengan harga RM598,888 (OTR).

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…