Mercedes-Benz panggil semula 400,000 model keretanya

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mercedes-Benz terpaksa memanggil semula 400,000 model keretanya di UK untuk memperbaiki komponen tiang stereng yang dikatakan boleh rosak dan menyebabkan beg udara untuk terledak.

 

M3

 

Pemanggilan semula ini melibatkan model-model A-Class, B-Class, C-Class, E-Class, CLA, GLA dan GLC, iaitu merangkumi sehingga separuh barisan model syarikat itu, yang dikeluarkan dari November 2011 hingga Julai 2017. 

 

M1

 

Model GLK juga terlibat tetapi model ini tidak dijual di UK. Namun, model E-Class terbaharu tidak termasuk dalam senarai ini. 

 

Kerosakan yang mahu dielakkan ialah spring yang terdapat didalam tiang stereng itu, yang dikatakan jika pecah boleh menyebabkan amaran beg udara tercetus. Jika komponen pemasangan wayar tidak dibumikan (earthed) dengan baik, ia akan meledakkan beg udara sebelah pemandu dari kesan elektrostatik. 

 

M2

 

Walau bagaimanapun, Mercedes telah mengatakan bahawa kereta-keretanya masih selamat untuk dipandu, tetapi jika lampu amaran beg udara menyala dengan tiba-tiba, pemandu-pemandu dinasihatkan supaya terus menghubungi pengedar Mercedes yang terdekat. 

 

M4

 

Baikpulih masalah ini dikatakan hanya akan mengambil masa kurang dari sejam. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata…
Berita Domestik
Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…