Mercedes-Benz Marco Polo, sejarah ringkas van pekhemah Mercedes-Benz sejak 1984

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz Marco Polo
Mercedes-Benz Marco Polo
Volkswagen Bus atau Combi terkenal sebagai van pekhemah. Namun pernahkah anda melihat varian Bas Mini Wilayah dijadikan van pekhemah?

Pada tahun 1984 Mercedes-Benz Marco Polo yang diasaskan dari Bremer Transporter diperkenal kepada orang ramai.

Nama pun sedap sempena pengembara terkenal Marco Polo dari Venice, Itali.

Pada era 80-an, Mercedes-Benz Marco Polo generasi pertama di antara van pekhemah yang memberi makna baharu di dalam segmennya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz Marco Polo - Mercedes-Benz 209 D (Bremer Transporter).01

 

Bukan sahaja Marco Polo, varian Bremer Transporter sebagai bas mini masih terpahat di kalangan warga Lembah Klang.

Di antara ciri-ciri Marco Polo ialah bonet yang pendek dan tebal, warna badan Bahama Beige dan dalaman warna Beige Brown.

Marco Polo merupakan sebuah van yang wajib dimiliki pekhemah pada masa itu.

Asalnya adalah sebuah Mercedes-Benz T1 dan pada peringkat awal dikeluarkan di Bremen dan dari situ lahirnya nama panggilan Bremer Transporter.

 

Mercedes-Benz Marco Polo - Mercedes-Benz 209 D (Bremer Transporter).01

 

Dengan ketinggian 2.97 meter, Marco Polo memang menonjol dan model rupa baharu diperkenal pada 1988.

Walaupun puluhan tahun berlalu konsep asas Marco Polo masih kekal.

Di antaranya katil bumbung, gabungan kerusi dan perbaringan di belakang, kerusi pemandu dan penumpang depan boleh pusing.

Turut dilengkapi dapur kecil dengan sinki, dapur memasak, peti sejuk, kabinet dan laci.

 

Mercedes-Benz Marco Polo - Mercedes-Benz 209 D (Bremer Transporter).01

 

Marco Polo generasi kedua, Mercedes-Benz Vito

Selari dengan perubahan teknologi dan citarasa dan seperti VW Bus, Marco Polo juga berubah menjadi sebuah van moden.

Pada 1966, Marco Polo generasi kedua menjengah ke pasaran dengan ukuran lebih rendah dan pengenalan bumbung angkat (pop-up). 

Model itu diasaskan dari Mercedes-Benz Vito dan selain perubahan luar, bahagian dalam juga lebih praktikal.

Gabungan kerusi dan perbaringan dipasang di atas rel dan boleh digerakkan. Kabinet mempunyai penutup jendela yang praktikal.

Meja boleh disimpan di dalam panel pintu gelangsar dan laluan ke belakang lebih mudah dengan brek parkir kaki.

Marco Polo rupa baharu menyusul pada 1999.

 

Mercedes-Benz Marco Polo - Mercedes-Benz 209 D (Bremer Transporter)

 

Marco Polo generasi ketiga, Mercedes-Benz Viano

Model generasi ketiga diperkenal pada 2003 dan menggunakan Mercedes-Benz Viano sebagai asas.

Kali ini lebih canggih dengan bumbung angkat kawalan elektrik, katil bumbung yang selesa dan menerima perakuan Aktion Gesunder Rücken.

Perakuan itu mengiktiraf reka bentuk yang mesra belakang badan. 

Kerusi belakang mempunyai fungsi lipatan penyandar kawalan elektrik dan kusyen udara pada bantalan tepi.

Model rupa baharu menyusul pada 2010.

Marco Polo generasi keempat, Mercedes-Benz V-Class

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2023
Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2023

 

Model generasi keempat membawa gayaan membujur dan diperkenal pada 2015. Lebih mewah dengan reka bentuk luaran ala model Mercedes-Benz lain.

Bahagian dalam bertukar kepada ruang rehat eksklusif, dari kokpit kepada ruang tamu.

Lantai ala kapal layar, lampu dalaman jenis LED dan pelanggan boleh memesan lampu suasana dan pelbagai lagi kemasan dan balutan.

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2023
Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2023

 

Model rupa baharu diperkenal pada 2019 dan kemas kini seterusnya membawa lebih banyak teknologi seperti sistem multimedia MBUX (Mercedes-Benz User Experience).

Juga canggih unit kawalan pekhemah MBAC (Mercedes-Benz Advanced Control) yang menukar Marco Polo kepada sebuah rumah pintar.

V-Class Marco Polo yang diperkenal pada 2023 pula mempunyai fungsi baharu seperi kawalan pintar AIRMATIC di dalam mod Camper.

Marco Polo Module, tidak semua Marco Polo saiz besar

 

Mercedes-Benz T-Class with Marco Polo Module 2023

 

Sejak 2023, Marco Polo Module hadir membawa pakej lebih kecil. Mercedes-Benz T-Class bertukar kepada kenderaan pekhemah mikro.

Trend sebegini juga boleh dilihat di kalangan pekhemah tempatan yang mengubahsuai kenderaan harian mereka seperti Perodua Myvi kepada kenderaan pekhemah.

Modul Marco Polo terdiri daripada tilam untuk dua orang dan pilihan unit dapur dengan sink dan dapur memasak jenis gas botol.

Pelanggan juga boleh memesan peti sejuk dan ditempatkan pada unit dapur. Turut ditawarkan bateri tambahan, bidai serangga, meja dan kerusi.

 

Mercedes-Benz T-Class with Marco Polo Module 2023

 

Model baharu, VAN.EA, van elektrk

Bermula 2026, Mercedes-Benz akan memperkenalkan siri van elektrik yang diasaskan dari seni bina VAN.EA. 

Mercedes-Benz akan menawarkan kenderaan rekreasi (RV) saiz sederhana dan besar janaan kuasa elektrik.

Bersama rakan RV antarabangsa, Mercedes-Benz merancang untuk membangunkan piawaian baharu RV elektrik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz V-Class Marco Polo 2023